Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Aku yang bela, bukan kau” Isu Bela Anjing, Alicia Amin Jawab Netizen

Beberapa hari yang lalu, model dan juga pelakon, Alicia Amin selamat disatukan dengan jejaka pilihannya yang juga seorang doktor, Farzan Iqbal, 27, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Lebih mesra disapa Alicia atau nama sebenar Raja Alicia Raja Amin, 26, sah bergelar isteri dengan sekali lafaz dinikahkan bapanya Raja Amin Raja Mokhtar selaku wali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

Alicia Amin berjalan bersama anjing peliharaan

Isu berhubung orang Melayu yang mengambil anjing sebagai binatang peliharaan bukanlah isu asing lagi.

Sebelum ini, pelakon Umie Aida turut memuat naik foto bersama dua ekor anjing untuk memberi kesedaran kepada umum menjaga dan menghormati makhluk ciptaan Tuhan.

Terbaru, model terkenal iaitu Alicia Amin turut berdepan perkara yang sama apabila ada segelintir netizen menegurnya berhubung memelihara haiwan tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

Menerusi satu perkongsian di ig story, model ini telah memuat naik story sedang berjalan bersama dua binatang peliharaannya.

Aku yang bela bukan kau

Apa yang menarik perhatian adalah apabila Alicia Amin menerusi entri di IG Story memuatnaik status meluahkan pendapatnya berkenaan komen dan teguran netizen berhubung anjing peliharaannya.

Menurut model tinggi lampai ini, dia sudah penat dengan komen yang sebegitu rupa diterimanya.

Ada je melayu yang ada anjing

Jelasnya lagi, anjing juga merupakan haiwan ciptaan Tuhan yang harus dipelihara dengan sebaiknya.

Malah, Alicia juga meluahkan dia mempunyai hak untuk memuat naik sebarang foto atau video berkaitan haiwan peliharaannya itu di sosial media.

Jaga hati orang yang suka cakap buruk tak guna

Ujarnya lagi, dia menasihati mana-mana orang Melayu yang sayangkan anjing untuk menjaga haiwan tersebut dengan sebaiknya.

Selain, dia berasa bengang dengan tindakan segelintir masyarakat yang memandang hiina terhadap individu yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi dan pendapat masing-masing berhubung isu berkenaan.

Terdahulu Alicia Amin selamat disatukan dengan jejaka pilihannya yang juga doktor, Farzan Iqbal, 27, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada Ahad.

Alicia atau nama sebenar Raja Alicia Raja Amin, 26, sah bergelar isteri dengan sekali lafaz dinikahkan bapanya Raja Amin Raja Mokhtar selaku wali.

Majlis pernikahan tersebut berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri oleh enam orang sahaja iaitu keluarga terdekat.

Sementara itu, wang hantaran dan mas kahwin dirahsiakan.

Dalam foto yang dikongsi di Instagram, Alicia dilihat anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Alia Bastaman dan dirias oleh jurusolek terkenal Khir Khalid.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.