Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Alhamdulillah berkat doa korang, anak aku selamat” Berlinang Air Mata Lana Beritahu Anaknya Selamat

Pelakon Lana Nodin mengucapkan syukur kepada ilahi apabila anak keduanya yang baru berusia dua bulan, William Daud McKienzie telah selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara, siang tadi.

Khabar gembira tersebut telah dibuat Lana dan suaminya, Daud Mckienzie menerusi Instagram Melodi TV3 sejam lalu.

Di dalam sedutan video ucapannya itu, Lana sambil ditemani suami bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terus menyayangi dan mendoakan kesihatan anaknya yang mengidap masalah injap (Aortic Stenosis).

“Alhamdulillah tadi anak saya baru sahaja keluar dari bilik pembedahan dan anak saya selamat… alhamdulillah kerana doa-doa korang anak aku selamat.

“Doktor buat dapat rawatan yang sepatutnya. Apabila doktor keluar cakap anak you selamat buat prosedur tu. Terima kasih banyak-banyak pada mereka yang medoakan,” katanya sambil menitiskan air mata.

Dalam pada itu, Lana turut memberi pesan kepada para ibu yang senasib dengannya.

“Ibu-ibu yang dekat sini teruskan berdoa, meski hati tengah kusut cakap berterabur. Saya berdoa bagi dia hidup dengan saya,” kongsinya.

“Kali ni kami berdua sambut berita ini. Alhamdulillah syukur. Saya tak sangka ramai rakan artis, pihak media, rakan-rakan, peminat yang mendoakan anak saya.

“Saya tak sangka…tak pernah upload gambar anak saya tapi mereka sayang anak saya. Terima kasih,” katanya dalam nada sedih.

Sebelum ini anak kedua Lana Nodin itu telah disahkan mempunyai masalah injap pada jantung.

Menurut Lana, disebabkan itu juga dia jarang berkongsi gambar atau perkembangan William kepada peminat.

“Saya serba salah apabila ada yang bertanya mengenai William, ini kerana situasi kesihatannya.

“Begitupun tumbesaran William sangat positif apabila berat badannya naik dari 4 kilogram (kg) kepada 6 kg kini.

“William perlu diberi perhatian lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana dia perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.

“Kalau pembedahan tidak dilakukan bimbang jantungnya harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak,” katanya.

Menurutnya, dia berkongsi masalah kesihatan yang dialami William, selain untuk menjelaskan kepada peminat mereka juga tidak menagih bantuan atau derma.

“Kalau ada yang mahu membantu, terima kasih saya ucapkan. Tetapi sebaiknya wang itu disalurkan ke tabung bantuan IJN kerana ada ramai lagi bayi dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan anda.

“Pada saya apa yang diperlukan daripada anda semua adalah doa supaya anak selamat menjalani pembedahan Isnin nanti,” katanya.

Lana dan suaminya David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhd Daud mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Gia Quinn Mckinzie dan William Daud Mckienzie.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.