Bahkan minggu ini saja beberapa gambar Aliff Aziz bersama wanita lain tersebar di laman media sosial.
Sebelum ini, gadis rempit membuat kenyataan mengaku bergambar bersama Aliff Aziz.
Walaubagaimanapun dia menafikan melakukan apa-apa bersama Aliff Aziz kerana mereka berada di dalam private party dengan ramai kenalan.
Malah dia menyatakan jika netizen mahukan jawapan sebenar boleh bertanya kepada Aliff Aziz sendiri.
Saya minta maaf sangat2 semua tu bukan salah saya dn semua ni dri kawan yg dengki sampai post mcm2 hingga la jadi isu sampai mcm ni klau rasa tak tahu kebenaran boleh tanya alif sendiri.
Nismell mengaku dia menangkap gambar bersama Aliff Aziz di dalam private party yang dianjurkan bersama rakan-rakan.
Sebelum ini media sosial heboh apabila satu foto Aliff Aziz bersama gadis ini tersebar.
Pengguna laman Twitter mula membicarakan gambar tersebut yang kelihatan individu mirip Aliff Aziz selfie tanpa memakai baju bersama seorang remaja perempuan.
Gambar tersebut dipercayai dimuat naik oleh seorang gadis yang bengang bila wanita yang menjalin hubungan dengan Aliff enggan membayar hutang kepada abangnya.
Semoga pengakhiran ini jalan terbaik buat Bella Astilah dan anak.