Connect with us

Viral

[VIDEO] “Allahhuu sebaknya,” Atuk Minta Ambil Wuduk Sebelum Dibawa Ambulans

Penularan pandemik Covid-19 di negara kita masih berada di tahap membimbangkan dan rakyat disaran untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Kes positif jangkitan Covid-19 mencatatkan angka yang tinggi setiap hari dan kematian juga mencatatkan peningkatan dari hari ke hari.

Netizen sebak lihat situasi yang dilalui oleh warga emas ini 

Beberapa hari lepas, tular di media sosial video seorang warga emas yang dibawa menaiki ambulans susulan disyaki positif Covid-19.

Menerusi satu perkongsian video yang telah dimuat naik oleh seorang penguna Twitter dikenali sebagai haiqalroslann itu telah tular di media sosial setelah netizen berasa begitu sebak melihat situasi yang dilalui oleh warga emas itu.

Salah seorang jemaah Surau Asyakirin positif Covid-19

Menurut perkongsian tersebut, salah seorang jemaah Surau Asyakirin Bandar Baru Pasir Pekan, Tumpat telah disahkan positif Covid-19.

Susulan dari itu, lelaki warga emas yang dikenali sebagai Pok Sin itu disyaki mendapat penularan kerana telah menghadiri solat jemaah di surau tersebut.

Pok Sin minta izin mahu ambil wuduk dahulu sebelum menaiki ambulans

Apa yang menyentuh hati orang ramai adalah momen Pok Sin meminta untuk mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum dibawa menaiki ambulans.

Tokma said sorry to abahtok

Malah, menerusi rakaman tersebut kelihatan ahli keluarga menghantar Pok Sin menaiki ambulans dan ahli keluarga sempat memohon maaf kepada Pok Sin sebelum dibawa ke hospital.

Pastinya ahli keluarga Pok Sin hiba menghantar pemergiannya ke hospital dalam keadaan umur sebegitu untuk menerima rawatan.


Raih lebih dari 200,000 tontonan 

Perkongsi tersebut telah dimuat naik pada 26 Disember itu telah meraih lebih dari 200,000 tontonan di media sosial dan mendapat lebih daripada 13 ribu tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata dari mereka mengakui sedih melihat warga emas menjadi mangsa kepada pandemik ini.

Semoga Pok Sin sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga

Mereka turut menitipkan doakan agar Pok Sin itu diberi kesembuhan serta segera bebas daripada wabak yang sedang menular di seluruh dunia ini.

Semoga Pok Sin diberikan kesembuhan dengan segera dan kembali pulang ke pangkuan keluarga.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.