Connect with us

Viral

[VIDEO] Anak 3 Tahun Dibawa Naik Ambulan Ada Simptom Covid-19 Undang Sebak

Luluh hati seorang ibu apabila anak seawal usia 3 tahun yang mempunyai simptom wabak Covid-19 perlu di bawa ke hospital menaiki ambulan seperti pesakit lain. Menerusi Twitter Intan Nurdiyana, walaupun keputusan ujian saringan Covid-19 dia sekeluarga masih belum diketahui, anaknya itu mempunyai simptom demam panas sehingga memaksa pihak kesihatan merujuk kes ini ke hospital. Video […]

Seperti yang kita ketahui, wabak Covid-19 ini masih merebak dan negara terus mencatatkan peningkatan dari hari demi hari.

Namun begitu, ramai diantara kita sama-sama mematuhi peraturan yang dikeluarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

Sepanjang wabak ini melanda negara, ramai yang mempunyai anak-anak kecil turut bimbang kesihatan anak-anak ini jika mereka dijangkiti wabak berkenaan.

Anak seawal umur 3 tahun perlu ke hospital menaiki ambulans

Sebelum ini, beberapa video yang mengundang sebak melihat beberapa kanak-kanak terpaksa pergi ke hospital untuk dikuarantin.

Begitu juga dengan kisah seorang ibu yang berkongsi momen sedih mengenai anaknya yang dijemput oleh pihak hospital dengan menaiki ambulans.

Luluh hati seorang ibu melihat anak yang berusia 3 tahun perlu ke hospital kerana mempunyai simptom wabak Covid-19.

Kanak-kanak ini kelihatan riang menaiki ambulans

Menerusi Twitter Intan Nurdiyana berkata, keputusan ujian saringan yang mereka sekeluarga ambil belum diketahui.

Namun begitu, anaknya itu mempunyai simptom demam panas sehingga memaksa pihak kesihatan merujuk kes ini ke hospital.

Video yang telah dikongsikan oleh ibu kanak-kanak itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mendoakan kesihatan anaknya itu.

Luluh hati seibu melihat anaknya ke hospital

“Sending my little boy to hospital today. My heart broke. Aisy belum cormfirm lagi positive covid”.

“Result kami semua belum keluar lagi tapi sebabkan dia ad show simtom, dr suggest untuk refer ke hospital dan kemungkinan dia akan isolate di ward sana untuk tunjuan pantauan”.

Menurut ibunya, suhu badan anaknya dikatakan meningkat naik selepas menjalani ujian swab Covid-19.

Anaknya kelihatan sihat dan ceria bersama bapanya menaiki ambulans

Oleh sebab itu, doktor perlu merujuk anaknya ke hospital. Menerusi video tersebut, anaknya kelihatan sihat dan ceria kerana tidak mengetahui bahawa dia bakal dibawa ke hospital.


Mereka tinggal di kawasan yang berada di zon merah ketika ini dan telah diperintahkan ‘lockdown’.

Dia ingat pergi jalan – jalan siap cakap “wow” lagi kat dlm ambulans

Oleh yang demikian, bagi kanak-kanak yang mempunyai simptom demam panas akan terus dirujuk ke hospital.

Penjaga boleh menemani pesakit mengikut had umur

Selain itu, penjaga kepada kanak-kanak boleh menemani pesakit tetapi mengikut had umur yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, perkembangan terbaru mengenai anaknya mendapati bahawa anaknya dibenarkan keluar dari hospital.

Keputusan ujian saringan mereka sekeluarga masih belum diketahui namun dia berdoa agar keputusan ujian tersebut negatif memandangkan anaknya dibenarkan keluar.

Rata-rata netizen turut sama sebak dan sedih melihat video berkenaan dan turut mendoakan mereka sekeluarga sihat.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.