Perkembangan kes pandemik Covid-19 yang dikongsikan setiap oleh Kementerian Kesihatan Malaysia supaya orang ramai sentiasa mendapat info yang tepat mengenai penularan pandemik ini.
Apa yang menakutkan adalah apabila jumlah jangkitan setiap hari yang dikongsikan KKM berada di tahap membimbangkan.
Kisah mereka sekeluarga bertarung melawan Covid-19
Susulan peningkatan jumlah kes, kadar kematian yang dicatatkan juga semakin meningkat dari hari ke hari.
Apa yang membimbangkan, kisah-kisah sedih mengenai kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19 juga kian berlegar di media sosial bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.
Seperti kisah yang dikongsikan di ruangan Facebook oleh seorang pengguna yang bernama Myra Jijie mengenai bagaimana mereka sekeluarga bertarung melawan Covid-19.
Kehilangan bonda tersayang
Apa yang lebih menyedihkan adalah, mereka sekeluarga turut kehilangan bonda tersayang yang telah pergi kerana jangkitan Covid-19.
Satu keluarga, 16 orang disahkan positif
Mira berkongsi pahit getir bermula dari ibunya yang dijangkiti wabak berkenaan sehingga beliau sendiri merasai bagaimana sakitnya menjadi salah seorang pesakit Covid-19.
“Boleh share saya izinkan untuk create awareness. Covid fighter 1 family. Seramai 16 orang telah disahkan positif dan 1 orang telah meninggal (mak)”.
Kluster permatang
“Maaf banyak gambar di hospital mira dah padam. Assalamualaikum semua,hari ni genap 20 hari Mira di hospital sebab covid,mira da janji dengan semua nak cerita semuakan”.
“Ya Mira tepati hari ini. Harap boleh ambil iktibar dan pengajaran. Maaf jika penulisan Mira kacau bilau, Mira cuba”.
Mak masuk ICU
“Pada 22/10/2020, Mak telah dimasukkan ke wad icu kerana kaki mak bengkak teruk overload fluid doc kata”.
“Pada 23/10/2020 pula, katanya mak kena kuarantin sebab ada kes dan untuk pastikan buat swab test dan result negatif.
“Pada 24/10/2020, Mak telah dipindah wad biasa, boleh melawat mak dah. Mak ngadu penat dan muka mak bengkak habis”.
Mak tak sempat pun nak pakai rantai emas hadiah hari lahir mak
“Pada 26/10/2020, besday mak, aku sambut beli bouquet dan beli rantai emas kat mak. Sebab kali terakhir mak datang ipoh, mak cakap mak teringin nak rantai emas”.
“Sedih sangat mak tak sempat pun pakai,malam. Lepastu mak nak fries mcd, mak makan sikit ja tapi mak kata teringin dan mak makan 2 3 batang fries saja”.
Mak teringin makan mee sotong
“Pada 27/10/2020, mak masuk icu balik sebab pernafasan mak xok. Mak kat icu tapi mak nak mee sotong pulak”.
“Abang beli mee sotong dan kak ipar suapkan mak. Kami kena gilir-gilit naik sebab plawat hanya 2 jam boleh jumpa dan 2 orang sekali masuk”.
“Kami anak-anak kena jumpa doktor yang merawat mak dan sakit mak kami terpaksa rahsiakan p&c”
Itu kali terakhir dapat belai, sayang dan cium mak
“Pada 29/10/2020, Mak dah intubate atas keizinan kami semua. Sempat aku cium mak sebeulm intubate dan mintak ampun dengan mak”.
“Belai-belai mak dan rupanya tu kali terakhir dapat sayang mak dan cium mak”.
Doktor mintak kami sekeluarga redha jika sesuatu terjadi pada mak
“Pada 30/10/2020, mak dah koma dan keadaan mak dah kritikal. Doktor mintak kami sekeluarga redha jika sesuatu terjadi dengan mak”.
“Balik tu semua dalam keadaan letih. Masa ni aku dengan abang lagi sorang dah ada simptom batuk dan demam”.
Mak positif Covid untuk swab test kali kedua
“Pada 31/10/2020, Abang aku pagi-pagi dah call bagitaw mak positif covid untuk swab test kedua”.
“Hanya Allah saja tahu perasaan aku, meraung nangis-nangis. Aku tahu dengan keadaan mak yang kritikal dan harapan mak nak baik sangat-sangat tipis”.
Kluster permatang dari mak aku dan kami tak tahu datang dari mana
“Mak kena transfer ke icu gh penang,makanya tercetus la. Kluster permatang dari mak aku dan sebenarnya kami pun xtahu datang dari mana”.
“Sesungguhnya soalan ni tak mampu aku jawab, sebab covid tu kita xnampak dan kalau nampak senang aku bgaitaw datang dari sapa”.
Kami pun tak tahu dari siapa kami dapat
“Kak ipar aku orang 1st swab memandangkan dia memang keja hospital. Jadi dia paling pantas swab sebab memang dia tengah kerja time tu dan kami plak kena swab 2/11.
“Kak ipar dapat result hari yang sama jugak sebab contact rapat. Jadi positif dan ambulan pun datang ambil”.
Masa ini la orang kata dia pencetus, kesian dia
“Time ni orang kata dia pencetus, kesian dia. Dia pun xtaw apa-apa dan kami pun xtahu dari sapa kami dapat”.
“Covid ni merata ada dalam komuniti kita sekarang dan asbab mak aku positif semua buat cerita bukan-bukan tapi xapala, kami redha ini ujian buat kami”.
Abang pula disahkan positif dan diambil dengan ambulans
“Pada 1/11/2020, Abang aku no 3 pegi swab test sebab simptom dia semakin terok dan kami pelak KKM mintak swab test 2/11.
“Untuk diorang prepare kami keluarga besar untuk swab test dan abang aku pun disahkan positif. Malam tu jugak ambulance datang ambil”.
Aku serah diri kat hospital sebab tak boleh bernafas
“Pada 2/11/2020, 1 family aku ke Klinik Kesihatan kulim untuk swab test dan simptom aku paling teruk”.
“Batuk, demam on off, muntah,s akit dada macam kena tumbuk, nafas xlepas, aku xtggu result dah malam itu jugak aku serah diri kat hospital kulim sebab aku xboleh benafas”.
“Dalam beberapa jam, hospital kulim transfer aku ke hospital sultanah bahiyah alor star”.
Doktor nak pasang intubate dan aku nak cuba lawan sendiri
“Pada 3/11/2020-5/11/2020, suhu aku 39 dan oksigen aku xcantik. Kena tambah darah sebab hb jadi 7 dan kena pakai gas”.
“Malam tu jugak aku kena transfer icu HSB baru dan oxygen aku drop teruk. Malam tu jugak doc buat penerangan nak intubate aku”.
“Dia mintak no suami aku untuk inform semua in detail. Aku dah menangis-nangis merayu kat doktor tak nak kna intubate macam mak dan aku masih boleh lawan. Aku nak cuba lawan”.
Family aku dan baby 4 bulan kakak pun positif
“Pada 6/11/2020, abang aku plak ke icu dan sama stuasi macam aku. Oxygen drop dan sssungguhnya covid ni sangat jahat. Macam-macam dia serang aku dan abang aku”.
“Sementara tu family aku sikit demi sekit kena hantar ke HSB lama sebab positif dan baby 4 bulan anak kakak aku pun positif”.
Mak dah lawan 8 hari dan mak tinggalkan kami selamanya
“Pada 8/11/2020, jam 9.13 pagi, mak dah meninggalkan kami untuk selamanya. Mak dah lawan 8 hari dan mak dah tak mampu”.
“Mak dah penat dan paling sedih buat keluarga aku kami sorang pun xboleh balek tenguk mak sebab semua kat hospital sebab covid”.
“Hanya tinggal suami dengan anak2 buah 3 org ja negatif, tapi xboleh keluar sebab kuarantin, sedih sangat”.
Pakai wakil buat pengecaman jenazah mak
“Kami pakai wakil buat pngecaman jenazah mak. Kubur pun xboleh tenguk. Semoga mak tenang dsana, Al-fatihah”.
“Dan aku di icu selama 2 mggu, berperang dengan sakit dan kena isolate sorang-sorang dalam bilik sedangkan orang lain kat icu duduk luar katil banyak-banyak”.
Penat 2 minggu berperang dengan sakit hanya Allah je tahu
“Boleh kata condition aku sangat-sangat xok.Boleh refer post di gambar. Penat 2 minggu tu Allah saja tahu dan hari-hari aku berperang dengan sakit”.
“Pada 16/11/2020, Alhamdulillah akhirnya aku recover dan dah kena transfer ke hsb lama, wad biasa”.
“Sekarang dalam proses recover, dapat duduk sebelah suami. Dia positif swab test ke2 hri ke 14. Anak-anak buah 3 orang tu power, sampai sekarang negatif dan immune paling power”.
Jangan buat fitnah yang tak betul ia boleh buat pesakit beremosi
“Pada 21/11/2020, hari ke 20 doktor cakap kalau 21 hari aku bole balik dah mudahan amin”.
“Nak pesan buat org diluar sana, bila ada teman2 sedara mara kena covid, seharusnya kita support emosi diorang bukan kita tokok tambah cerita dan buat fitnah yang tak betul pasal orang positif”.
Alhamdullillah family semua dah negatif
“Cerita tambah-tambah ni bole buat emosi psakit down, sebab tu pesakit covid jika ada family depa bagi dok 1 family untuk support emosi sesama kami”.
“Alhamdulillah family aku sekarang semua dah negatif. Abang aku, kak ipar discaj esok dan aku serta suami maybe ahad ni”. Lain-lain ssmua awal lagi dah discaj, recover cepat”.
Al-Fatihah mak, rindu yang tak terucap
“Family is everything bila jadi camni kami saling menyayangi dan saling support sesama kami. Mungkin kasih sayang mak buat kami adik bradik rapat macam ni”.
Link untuk video klik SINI
“Al-fatihah mak rogayah bt md desa, sehingga hari ni masih belum tenguk kubur mak.
Rindu yang tak terucap”.
Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat dan pengajaran kepada kita semua. Patuh SOP, kita mampu mengubahnya.
Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!