Kisah Pak Cik Amran pernah muncul dalam laporan Buletin Utama yang merupakan satu hikmah buatnya.
Pak Cik Amran Tamby iaitu salah seorang gelandangan yang telah dipindahkan ke penempatan sementara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Berpeluang berjumpa keluarga setelah 29 tahun terpisah
Apa yang lebih menggembirakan adalah apabila dia seperti berpeluang akan disatukan dengan keluarga tersayang selepas hampir 29 tahun terpisah.
Walau bagaimanapun, siapa sangka pengharapan Pak Cik Amran atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Penghulu untuk bertemu dengan keluarganya tidak kesampaian.
Bertemu keluarga setelah lama terpisah
Menerusi sedutan Buletin Utama yang disiarkan pada 11 April 2020 yang lalu melaporkan tentang hala tuju para gelandangan selepas tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hasil daripada temuramah wartawan Juliana Sharin bersama Tok Penghulu telah berjaya menemukannya dengan ahli keluarga yang sudah lama terpisah sejak dari tahun 1996 lagi.
Menurut individu yang mengakui dirinya adalah adik kepada Pak Cik Amran Tamby memberitahu mereka akan bertemu selepas tamatnya tempoh PKP.
Pak Cik Amran sebak
Menerusi laporan Buletin Utama yang disiarkan pada 25 Jun 2020, wartawan sempat bertanyakan kepada Pak Cik Amran Tamby tentang kisah sedih yang melanda dirinya itu.
Pak Cik Amran memberitahu dia sudah berada di TBS untuk menunggu keluarga datang menjemput.
Tetapi malangnya, penantian untuk bertemu dengan insan tersayang selama ini hanyalah sia-sia kerana tidak ada seorang pun ahli keluarganya yang muncul.
Pak Cik Amran turut menitiskan air mata
Jelas dari raut wajahnya menggambarkan sebuah harapan untuk bertemu keluarga tidak tercapai apabila sambil bercerita dia turut menitiskan air mata menahan sebak.
Malah, dia juga beranggapan bahawa keluarga sudah membuang dirinya itu. Nasib yang menimpa Pak Cik Amran sekaligus membuatkan hatinya hancur.
Anggap sahaja saya sudah mati
Oleh kerana terkilan dengan apa yang berlaku, kata-kata terakhir Pak Cik Amran buat keluarga adalah “anggap sahaja saya sudah mati”.
Kami doakan semoga ikatan Pak Cik Amran dan keluarga yang telah lama terpisah bertaut kembali suatu hari nanti.