Connect with us

Semasa

[VIDEO] Anggota Polis Trafik Pandu Lawan Arus & Disyaki Mabuk Ditahan

Sejak semalam tular satu video yang menunjukkan sebuah kereta dipandu secara lawan arus di Johor Bahru.

Susulan daripada itu, seorang anggota polis trafik berusia 25 tahun ditahan tengah malam tadi kerana memandu secara melawan arus serta disyaki di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pada awalnya pihaknya menerima satu rakaman video yang memaparkan sebuah kereta dipandu secara berbahaya dan menyongsang arus di Jalan Lingkaran Dalam.

“Hasil siasatan mendapati anggota polis ini tidak bertugas pada masa kejadian dan menggunakan kenderaan persendirian.

“Polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambik tindakan paling tegas kepada mana-mana pihak termasuk pegawai dan anggota polis yang melanggar undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, boleh dipenjara tidak lebih lima tahun, didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih lima tahun jika disabit kesalahan.

Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 45A di bawah akta yang sama, boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM30,000, boleh dipenjara selama dua tahun serta hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang dua tahun jika disabit kesalahan.

“Polis Johor juga akan memastikan bahawa siasatan akan dijalankan dengan telus dan suspek akan dituduh di mahkamah,” tambahnya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.