Peningkatan kes Covid-19 di Sabah semakin membimbangkan dengan angka kes baru dan juga kematian mencatat angka yang meruncing.
Pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, malah dengan bantuan NGO untuk mengekang oenularan wabak ini.
Tidak ketinggalan, pelakon Ardell Aryana yang sering melibatkan diri dalam misi kemanusiaan turut mahu menghulurkan tangan meringankan beban mereka di sana.
Menerusi perkongsian di laman Instagram suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa, memaparkan video saat Ardell mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan suami sebelum berangkat ke Sabah
Di dalam perkongsian Nadzmi, dia memohon doa daripada orang ramai agar isterinya pergi dan pulang dalam keadaan selamat serta dilindungi sepanjang berada di Sabah.
“Salam semua nak minta kalian semua doakan isteri saya selamat pergi dan selamat pulang.
“Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah. Bantulah mereka sepenuh daya mu.
“Doa saya sentiasa mengiringimu. Semoga Allah redha dengan niat perjuanganmu. Saya sayang awak. Abi tahan airmata tadi.”
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut juga turut mengutuskan doa agar Ardell berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi bantuan.
Semoga segala urusan Ardell dan pasukannya dipermudahkan dan dihindari dari segala bencana.