[VIDEO] As’ad Motawh Jadi Pengemis Tersungkur Ditolak, Tak Sangka Ini Dilakukan Orang Sekelilingnya
Penyanyi muda yang sedang men ingkat naik As’ad Motawh mungkin sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat muzik terutamanya remaja.
As’ad pernah mengeluarkan single lagu berjudul Senyum yang menjadi siulan para pemintanya kini telah memuat naik satu video di Instagramnya seolah-olah ditolak oleh sekumpulan remaja hingga tersungkur selepas berpura-pura menjadi seorang pengemis.
Rakaman video tersebut merupakan rakaman social experiment yang dilakukan di tengah bandaraya Kuala Lumpur bagi melihat sendiri bagaimana penerimaan masyarakat terhadap mereka yang digelar pengemis.
Perkara tersebut telah di muatnaik As’ad di saluran YouTubenya dan mendapat pelbagai respon daripada netizen.
Menerusi klip tersebut, dapat lihat penyanyi remaja itu berpakaian kotor dengan bertongkat meminta simpati daripada orang awam.
Malah, As’ad juga meminta rakan-rakannya menolak jatuh dirinya dan melihat siapa yang sudi membantu ketika dia sudah tersungkur ke tengah jalan.
Namun begitu, ramai yang kasihan melihat penyanyi pujaan mereka jatuh terduduk ditolak ketika melakukan social experiment tersebut.
Masing-masing berasa kasihan dan mengakui mendapat banyak pelajaran daripada video yang dimuat naik Asad.
Bagi yang tidak kenal, As’ad Motawh mula menunjukkan minatnya dalam bidang nyanyian sedari zaman sekolah rendah.
As’ad mendapat pendidikan melalui sesi pembelajaran secara peribadi di rumah atau ‘homeschooling’.
Dia mula disunting sebagai artis rakaman sebaik video lagu covernya berjudul Despacito menjadi tular dengan tontonan lebih dua juta di Instagram.
As’ad juga berjaya mengumpul ramai pengikut Instagram (IG) dengan lebih 1.3 juta peminat.
Malah, pada tahun 2016, AS’ad telah mengelilingi Malaysia untuk persembahan siri jelajah ‘The Percaya Tour’ yang berlangsung di enam buah lokasi iaitu The Curve Petaling Jaya pada 2 Mac, Mahkota Parade Melaka (3 Mac), Plaza Angsana Johor Bahru (9 Mac), Centre Square Sungai Petani (23 Mac), Kuantan Mall, Pahang (30 Mac) dan Centre Point Kota Kinabalu (6 April).