Lisdawati antara pelakon yang masih kekal dalam industri sejak dahulu lagi. Kemunculannya menerusi drama di kaca televisyen masih berjaya mencuit hati peminat-peminat drama-drama tanah air.
Pelakon yang masih segar diingati itu, masih lagi aktif dalam bidang lakonan bersama suami tercinta Fauzi Nawawi.
Pasangan bahagia Lisdawati dan Fauzi Nawawi
Lisdawati dan Fauzi Nawawi telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan telah dikurnikan empat orang anak hasil dari perkahwinan bersama Lisdawati.
Sebelum ini, Fauzi Nawawi telah mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkahwinannya terdahulu.
Lisdawati berkongsi kisah hidupnya di laman sosial bersama peminat
Lisdawati yang mempunyai lebih dari 400 ribu followers di laman sosial Instagram sering berkongsi kisah hidupnya bersama pengikutnya.
Terbaru satu video yang diupload beliau bersama suami mengenai hadiah yang diberikan oleh anaknya membuatkan beliau terharu dan sebak.
Dihadiahkan sebuah buku “Auratku Maruahku” oleh anaknya
Menerusi video yang dikongsikan beliau sempat bercerita mengenai mendapat sebuah buku bertajuk Auratku Maruahku dari salah seorang anaknya sempena ulang tahun kelahirannya.
“Syukur Alhamdulillah, Hidayah milik Allah swt. Bila Anak sulung saya sudah faham tentang maruah dan Aurat”.
Usia 10 tahun minta bertudung
“Usia 10 tahun dia dah minta untuk bertudung tanpa ada paksaan. Makin jadi pemalu. Semoga semua anak-anak mama membesar jadi Anak yang Soleh dan solehan”.
Beliau turut berkongsi kisah anaknya yang mahu memakai tudung pada usia anaknya 10 tahun.
Rata-rata netizen yang mengikuti kisahnya di laman sosial Instagram turut terharu dan meninggalkan komen positif dan mendoakan kesejahteraan keluarga beliau.
Pingback: Umur 10 tahun minta pakai tudung, Lisdawati terharu dan s3bak dengan permintaan anak – Vanilla Daily