Rumah sepatutnya menjadi tempat yang paling selesa untuk kita melepaskan penat lelah setelah seharian bekerja.
Namun begitu, jika kita mendiami kediaman yang mempunyai pelbagai masalah kejiranan, ia akan turut mempengaruhi keselesaan kita dan juga penghuni yang lain.
Seringkali kita dengar mengenai pelbagai rungutan dan juga aduan mengenai kejiranan terutama mereka yang tinggal di kediaman bertingkat seperti flat dan apartment.
Ada penghuni flat yang campak sampah sesuka hati
Antara masalah yang sering dihadapai oleh penghuni jenis kediaman bertingkat adalah segelintir penghuni malas untuk turun membuang sampah mereka.
Walaupun tempat pembuangan sampah khas telah disediakan oleh pihak pengurusan, namun masih ada segelintir yang tidak mematuhi undang-undang.
Apa yang lebih menakutkan bagi penghuni kediaman bertingkat adalah apabila ada penghuni dengan sesuka hati mencampak sampah ke bawah.
Bukan sahaja ancam keselamatan malah mengotorkan kawasan kediaman
Masalah tersebut bukan sahaja membuatkan persekitaran kediaman kotor masih ia turut mengancam keselamatan penduduk yang lalu lalang di bawah.
Menerusi satu video yang dikongsikan di aplikasi TikTok memaparkan seorang makcik sedang marah dan membebel dengan kelakukan yang ditunjukkan penghuni kediaman itu.
Difahamkan, ada penghuni yang sesuka hati telah mencampak barang dari tingkat atas kediaman tersebut.
Akibat berang dengan perbuatan tidak bermoral itu, makcik itu telah menegur perbuatan berkenaan secara umum dari tingkat bawah kediaman.
Malah, menerusi bebelan makcik tersebut dia berasa risau kejadian tersebut berulang lagi dan mencederakan orang yang lalu lalang di kawasan berkenaan.
Lalu, makcik itu dengan nada yang tegas turut mengingatkan agar tiada insiden seperti itu berlaku lagi.
Netizen terhibur cara makcik membebel
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dan bebelan wanita itu.
Selain itu, mereka juga turut berasa geram dengan perbuatan tidak bertanggungjawab penduduk kediaman berkenaaan.
Mereka turut berharap kejadian seperti itu tidak berlaku lagi di mana-mana kediaman bertingkat kerana ia boleh membahayakan keselamatan penghuni yang lain.
Video yang tular di TikTok