Connect with us

Semasa

[VIDEO] Bangga Buat Aksi Superman, Gadis Ini Akhirnya Ditahan Polis

Padah bagi seorang gadis yang berani menunggang motosikal dengan aksi ala Superman apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, lapor Sinar Harian.

Menerusi video yang tular sebelum ini, ia memaparkan gadis yang baru berusia 17 tahun itu menunggang motosikal dengan aksi ‘superman’.

Gadis tersebut telah ditahan selepas hadir menyerah diri di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran pada 3 Januari lepas.

Menurut Ketua Polis Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abdul Rahman, ramaja itu hadir ditemani bapa saudara yang juga pemilik motosikal sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, penahanan gadis itu susulan video aksi tunggangan beraninya berdurasi 1:06 saat yang ditularkan seorang pengguna Facebook sebelum ini.

Rentetan daripada video yang viral itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan siasatan bagi mengenal pasti pelaku yang terlibat.

Menurutnya lagi, ketika soal siasat gadis itu mengaku melakukan aksi itu dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 15ZR di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dalam kawasan daerah Maran kira-kira jam 3.20 petang 1 Januari lalu.

Malah, gadis tersebut tidak mempunyai lesen dan saman dikeluarkan bagi kesalhan itu.

“Dia juga didapati tidak mempunyai lesen dan saman dikeluarkan atas kesalahan tersebut,” katanya.

Gadis berkenaan yang masih di bawah umur kemudiannya mengaku bersalah ketika dituduh di mahkamah dan dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,000.

“Mahkamah menetapkan 26 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula untuk laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Dalam pada itu, pemilik motosikal iaitu bapa saudaranya dikenakan tindakan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan motosikalnya ditunggang penunggang tanpa lesen.

https://www.facebook.com/UNCLEBOBOI/videos/2803198966615665/

Semoga kejadian ini memberikan tauladan buat semua penunggang motosikal lebih-lebih lagi bagi remaja bawah umur.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.