Keselamatan anak-anak seharusnya menjadi keutamaan ibu bapa dalam apa jua keadaan.
Namun, kadang-kala sebagai manusia biasa pasti ada kesilapan yang dilakukan yang boleh mendatangkan mudarat.
Satu video yang tular di media sosial semalam menunjukkan sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang kanak-kanak dirempuh sebuah kereta di hadapan rumahnya.

Video yang dikongsikan oleh laman Facebook Penang Kini itu mendapat perhatian warga maya.
Menerusi video yang berdurasi 15 saat itu, dikatakan bapa kanak-kanak tersebut sedang mencuci kereta di hadapan rumah.

Namun begitu, bapanya tidak menyedari kanak-kanak tertsebut sedang bermain basikal dan meluncur laju ke arah jalan dengan pintu pagar terbuka.

Kejadian berlaku agak pantas dan mungkin kedudukan kanak-kanak tersebut pada ‘titik buta’ pemandu kereta putih menyebabkan berlaku pelanggaran.
Tersedar dengan kejadian itu, ibu bapa kanak-kanak tersebut dan jiran-jiran yang berdekatan bergegas berlari ke arah insiden untuk melihat keadaannya.
Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan keadaan kanak-kanak tersebut selepas insiden itu.