Connect with us

Viral

[VIDEO] Bawa Teman Lelaki Jumpa Mak Ayah, Pemuda Jadi Imam Solat Jemaah

Setiap insan mengharapkan perhubungan yang dibina akan berakhir hingga ke jinjang pelamin.

Memilih untuk mengakhiri zaman bujang dengan berkahwin adalah satu perancangan hidup yang terbaik.

Bawa teman lelaki berjumpa keluarga

Sebelum melangkah ke fasa seterusnya, kebanyakan pasangan bercinta akan membawa kekasih mereka berjumpa dengan keluarga terlebih dahulu.

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna laman Twitter yang bernama Kysstna, membawa pulang teman lelakinya itu untuk ditemuduga oleh ibu bapa di rumah.

Namun begitu, dia sama sekali tidak sangka pula tindakan lelaki ini berjaya menambat hati keluarganya.

Sentiasa bersiap sedia

Sementara itu, gadis berusia 19 tahun ini berkongsi keterujaan di laman Twitter yang telah meraih 9 ribu retweet.

Selain itu, dia berharap orang ramai dapat memperolehi kebaikan menerusi perkongsiannya itu.

Menurutnya lagi, lelaki perlu sentiasa bersedia berdepan dengan keluarga kepada perempuan terutamanya mengenai soal agama.

Meminta izin keluarga terlebih dahulu

Malah, setiap kali ingin keluar bersama, dia akan memaklumkan terlebih dahulu kepada ibu.

Jika anda seorang lelaki, dinasihatkan untuk meminta izin kepada keluarga perempuan  terlebih dahulu.

 

Disamping itu, jika anda inginkan pasangan hidup yang sempurna, sedap mata memandang, anda perlulah mengubah diri ke arah kebaikan.

Kekasihnya imamkan solat keluarga

Setiap orang perlu belajar mengenai soal agama, adat bersama orang lebih tua dan sebagainya.

Perkongsian tersebut juga telah tular dan mendapat banyak respon positif daripada netizen.

Mereka turut menyakini kekasihnya itu adalah ‘imam’ yang terbaik buat seorang wanita atas tindakannya dapat mengimamkan solat keluarga.

Comelnya boyfriend jadi imam

Selain itu, dia juga turut meluahkan perasaan tidak percaya dengan apa yang berlaku pada hari berkenaan.

Sementara itu, rata-rata pengguna Twitter mendoakan agar gadis ini akan menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya itu tidak lama lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.