Connect with us

Semasa

[VIDEO] Bebas COVID-19 Pada Hari Lahir, Gadis Sebak Frontliner Senyap2 Bagi Kek

Menjalani proses kuarantin seorang diri selama 14 hari akibat Covid-19 membuatkan pesakit berasa sunyi dan bosan di dalam hospital sehingga buntu dibuatnya! Itu dialami seorang gadis Indonesia, Cinta Aditia yang dikuarantin di sebuah hospital di Kota Banjar selama 18 hari sebelum disahkan negatif pada dua hari lalu. Lebih bermakna apabila keputusan ujian saringan negatif Covid-19 […]

Pesakit yang menjalani proses kuarantin seorang diri selama 14 hari akibat Covid-19 pastinya berasa sunyi dan bosan di dalam hospital.

Perkara inilah yang terpaksa dihadapi seorang gadis Indonesia, Cinta Aditia yang dikuarantin di sebuah hospital di Kota Banjar selama 18 hari sebelum disahkan negatif pada dua hari yang lepas, lapor Detik News.

Malah, lebih bermakna apabila keputusan ujian saringan negatif Covid-19 itu kebetulan diterima pada hari ulangtahun kelahirannya yang ke-22.

Beberapa frontliners Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Banjar telah membuat kejutan dengan menghadiahkan kek kepada Aditia bagi meraikan hari istimewanya itu.

Aditia ternyata sebak dan terharu atas usaha ‘frontliner’ menjayakan kejutan tersebut walaupun sibuk merawat ramai lagi pesakit lain dan idak menyangka akan mendapat layanan seperti itu.

Bercerita bagaimana dirinya mendapat jangkitan wabak tersebut, Aditia berkata dia mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 27 Mac lalu selain mempunyai sejarah perjalanan ke Jakarta.

Video Frontliners hadiahkan kek buat Cinta Aditia 

Namun dia bernasib baik setelah 2 minggu dikuarantin akhirnya Aditia disahkan bebas dari wabak COVID-19 tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.