Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Yes i am a proud moslem but..” Bela Anak Anjing, Afgan Jawab Soalan Peminat

Umat Islam pastinya tahu bahawa anjing dan babi merupakan najis mughallazah yang hukumnya haram di sisi Islam jika disentuh secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan atau hajat.

Namun begitu satu perkongsian daripada selebriti popular Afgan yang memuatnaik video bersama anjing miliknya yang diberi nama Coco telah menjadi perhatian netizen.

 

View this post on Instagram

 

before you go, can u read my mind?

A post shared by Afgan (@afgansyah.reza) on

Bagi yang tidak mengenali, Afgan merupakan penyanyi Indonesia yang beragama Islam sejak lahir.

Rentetan daripada video tersebut, seorang pengikutnya bertanyakan soalan tentang agama yang dianuti dan Afgan secara terbuka menjawab.

“Sorry may i ask.. you are a muslim? gendong a dog”

Menurut Afgan, dia memberitahu menggunakan sabun tanah untuk membersihkan dirinya selepas bermain dengan anak anjingnya itu jadi sudah pasti dia tahu cara untuk samak setiap hari.

“Yes i am a proud moslem. but now theres this thing called sabun tanah. you can wash up with it, if and when the dog accidentally licking u or smth. so all good.”

Video Afgan dan anak anjing

 

View this post on Instagram

 

how i start my day! 🐶🐶#afganraisatunjukkan

A post shared by Afgan (@afgansyah.reza) on


Walau bagaimanapun, berlaku sedikit pertelingkahan di ruangan komen apabila segelintir netizen mempersoalkan tindakannya membela anjing walaupun sudah diketahui tentang hukumnya.

 

View this post on Instagram

 

our first trip with @coco_thee_pom! woof! 🐾🐶

A post shared by Afgan (@afgansyah.reza) on

Iya sih ada sabun tanah…..tapi liur juga bisa menetes d lantai, kursi perabotan yang tanpa kita tau, trus bekas pijakan dll….d dalem rumah ga pakai sandal kaki kita mijak juga…pakaian menduduki sofa juga….kalau mo sholat? Aaiiih maapkan aku terlalu banyak kepikiran n ngomong”

Hukum sentuh anjing

Berdasarkan carian di laman web Mufti Wilayah Persekutuan, persoalan mengenai menyentuh anjing secara sengaja dibincangkan seperti di bawah:

Kesimpulan di dalam isu ini, kami berpendapat menyentuh anjing atau mengusap kepalanya dengan tujuan lakonan dalam filem adalah tidak dibenarkan kerana dilakukan dengan sengaja tanpa sebab yang diizinkan oleh syara’.

Jika menyentuhnya membawa kepada dosa dan sewajibnya menyamak tangan selepas sesi pengambaran dengan 7 kali basuhan air mutlak dan salah satu daripadanya air yang bercampur tanah.

Namun begitu, terdapat rukhsah bagi mereka yang membela atau memegang anjing yang didahulukan hajat dan keperluan selari dengan kehendak syara’.

Maksudnya; “barangsiapa yang membela anjing, maka sesungguhnya mengurangi pada setiap hari dari amalannya satu qirat, kecuali anjing untuk pengawasan atau anjing menjaga binatang ternakan”. – (Hadis riwayat Bukhari, No. 2322)

Dari hadis tersebut, ia merupakan keizinan bagi mereka yang mahu membela anjing dengan disertakan hajat dan tujuan iaitu sebagai haiwan pemburu; atau pemandu jalan untuk orang buta sekiranya amat memerlukan dan tiada orang lain yang dapat membantu; atau tujuan keselamatan pihak berkuasa seperti Polis dan Kastam dan juga untuk mengawal keselamatan di sekitar rumah; atau sebagai haiwan penjaga untuk menjaga haiwan ternakan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.