Sihir merupakan perbuatan syirik yang dibenci oleh Allah SWT. Namun apakan daya masih ramai yang menggunakan ilmu ini untuk kepentingan diri serta boleh merosakkan tubuh dan akal seseorang oleh kerana mempunyai hasad dengki yang melampau.
Siapa yang tidak kenal dengan usahawan romantis yang penuh dengan kejutan iaitu Hafiz Mahamad. Dia merupakan seorang yang ceria di media sosial dan sering membantu orang lain akan tetapi masih ada lagi yang mempunyai niat buruk terhadapnya dan keluarga.
Terbaharu, Hafiz telah memuat naik posting bahawa dia bengang dengan seseorang lantaran dia membuat sesi live di Instagram untuk menerangkan apa yang sedang berlaku pada keluarganya.
Menurut Hafiz, sudah sekian lama dia merasakan seperti ada gangguan di dalam rumahnya lebih-lebih lagi di kawasan tempat dia melakukan kerja berseorangan lantaran itu dia tergerak hati untuk membuat rawatan islam di pejabatnya bersama isteri dan anaknya.
“Sebenarnya saya sudah mengalami rasa tidak sedap badan sejak lebih setahun. Rasa letih dan kadang-kadang seperti ada orang ‘menemani’ saya ketika saya bekerja berseorangan dalam bilik.
“Tetapi, saya jenis tak berapa percayakan perubatan secara kerohanian. Setiap kali sakit, saya mesti pergi hospital. Tetapi entah kenapa sejak akhir-akhirnya ini, gerak hati saya kuat untuk mendapatkan rawatan Islam,”
Tambah Hafiz lagi, ustaz tersebut telah merawatnya terlebih dahulu sebelum memegang jari kaki isterinya Aina dan mendapati ada yang telah menyihir Aina bertujuan untuk merosakkan dirinya kerana orang itu tahu Aina adalah sumber kekuatan Hafiz.
“Selepas ustaz berkenaan menyentuh saya, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan saya. Tetapi, apabila dia sentuh ibu jari kaki Aina pula, isteri saya terus menangis dan meraung,” ujar Hafiz yang turut berkongsi keadaan isterinya.
“Ustaz berkata, ‘benda’ itu ditujukan kepada saya tetapi dihantar melalui Aina. Kemudian, ustaz juga berkongsi yang kemungkinan besar ia dihantar menerusi makanan.
Walau bagaimanapun, Hafiz berkata walaupun dia berasa kecewa dengan apa yang berlaku, dia memberitahu isterinya untuk tidak berhenti membantu orang lain dan menggangap ini adalah ujian Allah SWT untuk mereka serta memaafkan sesiapa sahaja yang membuat hal itu kepadanya.
“Saya faham, ramai yang mengirimkan makanan kepada saya dan saya review makanan mereka secara percuma. Tetapi saya cakap dengan Aina, walaupun kita diuji sebegini, namun, ia tak membuatkan kita untuk tidak terus membantu orang lain,”
“Apa yang saya amati, sejak dia bersalin, Aina kerap naik angin, suka marah, waima benda kecil sekalipun. Sampaikan saya rasa saya kehilangan isteri yang saya kenal. Namun saya bersyukur yang isteri saya sudah kembali,” kata Hafiz dengan nada sebak.
Hafiz berkata ada yang mengatakan bahawa itu adalah strategi pemasaran sahaja namun dia bertegas bahawa dia tidak akan korbankan keluarganya untuk pemasaran serta menerima apa sahaja yang berlaku dan berterima kasih pada semua yang mendoakan.
“Diri saya ini tidak ada apa-apa untuk didengkikan. Saya juga tidak jadikan isteri dan anak sebagai korban untuk pemasaran produk. Apa pun, saya maafkan si pelaku dan reda dengan apa yang telah terjadi.
“Saya berharap agar kawan-kawan semua dapat mendoakan kesejahteraan saya sekeluarga,”
Katanya lagi, selepas berubat keesokkan harinya dia bangun pagi dan melihat sesuatu yang sudah sekian lama dia rindui iaitu raut wajah isterinya yang sekian lama menghilang lalu serta merta menyuruh isterinya untuk bersiap.
“Pagi tu awak tahu tak apa yang saya nampak? Saya nampak isteri saya yang dah lama hilang.”
“Lepas tu saya terus ajak Aina keluar makan tengahari dan buat apa sahaja yang dia suka.”
Katanya pada hari itu, dia membawa Aina melakukan aktiviti yang disukai iaitu makan dan bergambar.
Justeru sepanjang hari itu dia tidak berhenti berborak dengan Aina kerana ingin menebus kesalahannya sekaligus ingin isterinya tahu bahawa dia adalah suami kepada Syafiqah Aina yang akan melakukan apa sahaja demi isterinya.