Connect with us

Viral

[VIDEO] Bengang Beratur Lama, Lelaki Ini Mengamuk Barang Dapur Orang Depan Banyak

Hormat menghormati antara satu sama lain dan bertolak ansur merupakan kunci utama kita hidup bermasyarakat.

Selain itu, kesabaran juga sangat mahal nilainya, seseorang yang tidak boleh mengawal kesabaran akan mudah naik marah walaupun puncanya tiadalah besar mana pun.

Seperti yang dialami oleh seorang gadis ini bersama kakaknya, mereka berdua telah dimarahi kerana terlalu banyak membeli barang dapur di sebuah pasaraya terkemuka di Malaysia.

Hanya kerana beli barang dapur banyak

Menerusi satu tweet gadis itu yang dikenali sebagai Dyna, dia telah berkongsi sebuah video  berkenaan isu tersebut.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki telah memarahi Dyna dan kakaknya yang ketika itu sedang membuat pembayaran di kaunter.

Marah kerana terpaksa menunggu lama untuk membayar 2 botol air mineral

Oleh kerana Dyna dan kakaknya membeli barang dapur yang banyak, mereka mengambil masa agak lama ketika itu.

Lalu, pertengkaran mula berlaku apabila lelaki itu marah kerana terpaksa menunggu lama untuk membayar dua botol air mineral.

 

Kaunter ni bukan line express

“Cina ni mengamuk sebab dia marah aku dengan kakak aku beli barang dapur banyak” tulisnya.

“Kaunter ni bukan line express, barang dia 2 mineral besar tu ja and then nak bising maki siap cakap melayu babi miskin bagai”.

Nak laju boleh pergi ke kaunter lain

“Aku panggil security guard pon slow, benda hang nak laju pergi kaunter lain” tulisnya di laman Twitter.

Pergaduhan tersebut tidak akan timbul kalau lelaki itu meminta secara baik untuk membayar dahulu disebabkan barang yang dibeli olehnya sedikit.

Hal boleh dibawa berbincang

Namun, tiada apa yang boleh buat kerana dia memilih untuk bergaduh dan buat kecoh. Sebenarnya hal tersebut boleh dibawa berbincang.

Diharap salah faham yang timbul dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua belah pihak dan semoga ia menjadi teladan kepada kita semua

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.