Connect with us

Semasa

[VIDEO] Bengang Kereta Kena Clamp Parking OKU, Owner Honda Tibai Pak Guard Ditahan Polis

Seorang lelaki menerima padah apabila dia ditahan pihak polis, atas keslahannya mengasari pengawal keselamatan warga Nepal dengan kayu golf kerana tidak puas hati tayar keretanya dikunci. Difahamkan, tindakan pengawal keselamatan mengunci tayar kereta jenis Honda Jazz warna kelabu milik suspek, disebabkan dia meletakkan kenderaan di tempat letak kereta orang kurang upaya (OKU). Ketika kejadian, suspek […]

Kelakuan seorang lelaki memaki hamun, menumbuk dan memukul pengawal keselamatan warga Nepal dengan kayu golf kerana tidak puas hati keretanya dikunci tayar mengundang padah apabila ditahan polis, lapor HMetro.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 30-an membuat rondaan di KL Traders Square, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, melihat kereta Honda Jazz warna kelabu diletak di tempat kereta orang kurang upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, mangsa kemudian bertindak mengunci tayar kereta suspek berusia 24 sebelum setengah jam kemudian datang dua lelaki tidak dikenali meminta pengawal keselamatan membuka kunci tayar itu.

Menurutnya, bagaimanapun dia meminta suspek membayar denda di pejabat pengurusan, namun mereka tidak mempedulikannya dan cuba merosakkan kunci tayar itu sebelum ditegur mangsa.

“Tiba-tiba suspek terus memarahi dan menumbuk muka mangsa sebelum mengambil batang kayu golf dari dalam keretanya serta terus memukul lengan kanan dan mukanya.

“Rakan suspek turut cuba meleraikan kejadian itu malah kejadian itu turut tular di media sosial selepas saksi kejadian merakam perbuatan suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Dapat diperhatikan menerusi video yang dikongsikan, rakan suspek yang ada bersama cuba untuk meleraikan pergaduhan, selepas saksi kejadian bertindak merakam kejadian tersebut.

Mangsa mengalami kecederaan di lengan kanan dan telinga, dan kini masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala suspek yang berasal dari Terengganu ditahan untuk siasatan lanjut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.