Kanak-kanak zaman sekarang kebanyakannya sudah awal lagi terdedah dengan telefon bimbit.
Seawal usia 3 hingga 6, mereka tahun sudah pandai melayari laman web Youtube untuk menonton video kesukaan mereka contohnya, kartun, animasi, permainan dan sebagainya.
Senang cerita, mereka ni memang tak boleh berpisah dengan gadget. Sebab itu lah ada yang mengamuk jika telefon dirampas oleh ibu bapa mereka.
Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita dikenali sebagai Mia Aulia di TikTok, berkongsi kisah mengenai dua orang adiknya yang memberontak gara-gara telefon bimbit milik mereka dirampas.
Menerusi video tersebut, memaparkan kedua-dua adiknya itu dikatakan cuba melakukan protes dengan melarikan diri dari rumah dengan tidak memakai kasut pada pukul 5 pagi.
Adik perempuannya kelihatan menyandang satu beg kecil berwarna merah sewaktu berjalan di kawasan perumahan mereka.
“Adik-adik saya ni. Ya diaorang memberontak sebab handphone kena rampas.”
Oleh kerana rasa tanggungjawab, kakak kepada dua orang beradik ini nekad untuk mengejar mereka dengan menaiki kereta dek kerana risau dengan tindakan adiknya.
Namun walau bagaimana pun, mereka cuba melarikan diri kektika dihampiri oleh kakaknya.
“Cepat-cepat mana kayu tadi. Kejar dia. Hahaha berusaha betul dia lari.”
Mengulas lanjut, difahamkan dua beradik yang melarikan diri itu sudah menerima hukuman setimpal daripada ahli keluarga kerana telah membuat keputusan yang berbahaya semata-mata demi gadget.
“Dua-dua dah kena sebat.”
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.8M tontonan, 85.2K tanda suka, 1057 komen dan 467 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan dua beradik ini, dan ada juga diantara warga netizen yang berkongsi pengalaman lari rumah sewaktu kecil kerana terlalu nakal.
“teringat adik saya waktu dia 6 tahun.. dia ambil bag sekolah nak lari.. sekarang umur dia 23 dah.. Nyesal gurau, patut biar je”
“pernah lari rumah bawa pakaian dan tabung simpanan, lepas duit tabung tuhabis saya balik rumah”
Macam-macam ragam budak-budak ni, namun moment lucu seperti ini lah yang akan kita kenang sehingga ke tua. Semoga ibu bapa di luar sana dapat memantau penggunaan gadget dikalangan anak-anak dan sekaligus menjaga keselamatan mereka.