Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Berkali-kali Sebut Allahuakbar, Lelaki Menangis Lihat Isteri Bersalin Depan Mata

Seorang Youtuber popular di Indonesia tidak lekang menyebut ‘Allahuakbar’ sewaktu menemani isterinya melahirkan cahaya mata sulung di sebuah hospital minggu lalu. Momen berharga itu dikongsi melalui laman Instagram miliknya, Arif Muhammad dengan memuat naik sebuah video ketika proses bersalin isterinya Dita Audina sehingga melahirkan anak lelaki yang diberi nama Muhammad Arsenio Al Arif. Menerusi rakaman […]

Besar pengorbanan seorang wanita dalam melahirkan zuriat. Pengorbanan yang tidak ternilai itu pastinya sesuatu yang perlu dihargai.

Terbaru, satu video telah tular mengenai seorang Youtuber yang popular di Indonesia yang merakam detik berharga perit jerih isteri tercinta melahirkan zuriat mereka.

Tidak lekang sebut ‘Allahuakbar’

Tidak lekang Youtuber itu menyebut kalimah ‘Allahuakbar’ sewaktu menemani isterinya melahirkan cahaya mata sulung di sebuah hospital minggu lalu.

 

View this post on Instagram

 

Revealing gender Baby shower of our Baby @ditaaudina

A post shared by Arif Muhammad (@arifmuhammaddd_) on

 Selain itu, Arif Muhammad telah berkongsi momen berharga itu melalui laman Instagram miliknya.

Youtuber itu berkongsi video proses bersalin isterinya

Beliau memuat naik sebuah video ketika proses bersalin isterinya Dita Audina sehingga melahirkan anak lelaki mereka.

Zuriat yang bakal mewarnai hidup mereka berdua itu diberi nama Muhammad Arsenio Al Arif.

Ini dinamakan Hadiah dari Allah

“Nengok langsung persalinan istri secara normal bikin perasaan campur aduk, ini yang dinamakan hadia dari Allah”.

“Salut sama @ditaaudina dari bukaan pertama sampai anaknya lahir gak nangis, salut”, ujar beliau.

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan Arif setia di sisi isterinya menyebut kalimah Allah sebelum disudahi dengan ‘Alhamdulillah’ sambil menangis teresak-esak sehingga terdengar tangisan anaknya yang lahir ke dunia.

Kagum dengan pengorbanan dan kecekalan isteri

Arif Muhammad, 29, mengulas, beliau kagum melihat pengorbanan dan kecekalan isterinya yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat terindah itu.

 

View this post on Instagram

 

Muhammad Arsenio Al Arif lahir tanggal 03-03-2020 berat 3kg panjang 48cm, Seneng kali aku masya Allah..

A post shared by Arif Muhammad (@arifmuhammaddd_) on

Sementara itu, posting yang dimuat naik itu turut mendapat perhatian netizen dan mereka sempat meninggalkan pelbagai komen.

Ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah malah terdapat segelintir individu yang turut terharu melihat kesungguhan isterinya yang tidak putus asa dalam proses melahirkan cahaya mata.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.