Sempena hari ibu pada hari ini, ramai anak-anak yang berkongsi gambar dan juga kapsyen pengorbanan ibu mereka di media sosial.
Bagi mereka yang merindui ibu samada yang telah pergi selamanya atau terputus hubungan, tidak dapat digambarkan betapa besar rindu seorang anak kepada ibunya.
Tidak tahu dimana ibunya berada
Seperti juga kisah seorang gadis ini yang terpaksa berpisah dengan ibu tercinta dan menyimpan kerinduan yang tidak terhingga kepada ibunya.
Apa yang lebih menyedihkan adalah sehingga kini, gadis ini tidak tahu dimana keberadaan ibu kandungnya.
Membesar dalam keluarga yang porak peranda
Menerusi laporan Tribunnews, gadis yang dikenali dengan nama Egilespiana ini membesar dalam sebuah keluarga yang porak peranda.
Sejak beberapa tahun lalu selepas ibu dan bapanya bercerai, wanita itu terpaksa keluar dari rumah dan membawa diri.
Usaha menjejaki ibunya masih belum berhasil
Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini turut mengakui sangat merindui ibu kandungnya itu.
Akan tetapi apakan daya sehingga kini usahanya menjejaki wanita itu masih belum membuahkan hasil.
Terubat kerindunya apabila bertemu wanita mirip ibunya
Namun begitu, kerinduannya sedikit sebanyak terubat juga selepas bertemu dengan seorang wanita yang disangkakan ibunya.
Dia berjumpa dengan wanita yang mirip wajah ibunya ketika berjalan di sebuah pusat membeli-belah di Indonesia.
Tidak dapat menahan sebak apabila menyedari bukan ibu kandunganya
Bagaimanapun selepas mendekati wanita tersebut, dia menyedari itu bukanlah ibu kandungnya.
Hal ini kerana, persamaan tersebut hanyalah disebabkan selepas wanita itu mengenakan pelitup muka. Dia yang tidak dapat menahan sebak terus mengalirkan air mata.
Belum pernah rasa pelukan ibu kandung sendiri
Terkejut sangat. Ingatkan ibu tetapi rupanya mirip je. Minta izin dengannya nak peluk kerana belum pernah rasa pelukan ibu kandung sendiri.
Menurut dia, ini masanya dapat memeluk seseorang yang mirip dengan wajah ibu kandungnya.
Dapat rasai ketelusan dan keikhlasan seorang ibu
Tambahnya lagi, meskipun hanya mirip tetapi dia dapat merasai ketelusan dan keikhlasan seorang ibu.
Pada masa yang sama, dia berharap agar ibu kandungnya akan pulang ke pangkuannya dan mereka dapat bersatu kembali.
Hargai ibu bapa sementara masih ada
Sementara itu, gadis ini sempat menasihati orang ramai supaya menghargai ibu bapa dan jangan sesekali membuatkan mereka mengalirkan air mata.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis ini.
Netizen mendoakan gadis ini akan bertemu dengan ibu kandungnya
Mereka juga turut berharap gadis ini akan dapat bertemu semula dengan ibu kandungnya suatu hari nanti.
Bagi mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka dan berilah perhatian dan kasih sayang sepenuhnya.