Connect with us

#MalaysiaBaru

[VIDEO] Bertindak Zalim? PATI Dicekup? Ini Jawapan Menteri Pertahanan Ismail Sabri

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum ini dua kawasan yang diletakkan dalam zon Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat (PKPD).

Dua kawasan tersebut adalah Malaysian Mansion dan Selangor Mansion merupakan kawasan yang majoritinya warga asing.

Kedua-dua kawasan tersebut diletakkan dalam PKPD selepas ramai yang disahkan positif Covid-19 disebabkan kawasan tempat tinggal yang padat, kebajikan mereka tetap dijaga.

PATI tetap salah kerana melanggar peraturan negara

Walaubagaimanapun, agensi-agensi kerajaan tetap mengambil peduli berkaitan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bermaharajalela di sana.

Oleh itu, gempur PATI secara besaran telah dilakukan semasa PKPD kerana ketika ini lebih mudah mengenalpasti mereka.

Menteri Pertahanan jelaskan isu PATI 

Sementara itu, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah menjelaskan tindakan yang dilakukan oleh agensi kerajaan pastinya tepat kerana golongan PATI tetap salah kerana melanggar peraturan negara kita.

Tangkapan terhadap PATI sewaktu PKP adalah wajar. Mereka tidak pernah dianiaya. Mereka dilayan dgn baik.

Namun selepas PKPD di Masjid India ditamatkan, kita tidak boleh bebaskan mereka kerana status mereka adalah pendatang tanpa izin. Maka Jabatan Imigresen mesti mengambil tindakan.

PKPD di Masjid India

Memetik laporan Berita Harian, warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah telah digempur oleh agensi kerajaan terutamanya di Masjid India.

Difahamkan, operasi yang dilakukan dikatakan mudah kerana mereka semua sedang berada di tempat tinggal masing-masing berikutan arahan PKPD yang dikeluarkan kerajaan

Malah, usaha tersebut dilihat berhasil atas kerjasama daripada beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

PATI dilayan dengan baik 

Sementara itu, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan bahawa tangkapan tersebut adalah wajar kerana mereka menceroboh negara kita.

Disamping itu, pihak kerajaaan tidak pernah mengabaikan mereka dan dilayan dengan baik semasa PKPD ini.

Selain itu, menerusi komen di Twitter rasmi Menteri Pertahanan telah dibanjiri dengan komen yang menyatakan persetujuan langkah itu untuk memastikan kesejahteraan negara terjamin.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.