Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Berubah Terus Muka Mira Filzah Bila PU Azman Kantoikan Tarikh Nikah Dalam ‘Live’

Mira Filzah antara nama pelakon wanita yang menjadi kegemaran ramai. Pelakon kecil molek ini sering membintangi drama-drama.

Pelakon yang berasal dari Ipoh Perak ini bukan sahaja disukai ramai kerana kelembutannya malah beliau juga dikatakan seorang yang baik dan merendah diri.

Mira Filzah sebelum ini dikatakan telah seorang lelaki yang menjadi pasangan beliau ketika menghadiri majlis perkahwinan Farah Nabila.

Selepas itu, desas desus mengatakan beliau sedang berkawan rapat dengan lelaki tersebut dan bakal menamatkan zaman bujang beliau.

Walaubagaimanapun, pelakon ini hanya membiarkan gosip itu berlalu tanpa membuat sebarang kenyataan kepada media.

Begitu juga bagi pihak lelaki tersebut yang bernama Wan Emir Astar, beliau juga tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka.

 

View this post on Instagram

 

Salam Maulidur Rasul, Salam Kasih & Rindu buat Junjungan Mulia MUHAMMAD ﷺ 🌙 Baginda Rasulullah, seorang insan yang sederhana, manusia, seperti kita semua yang berjalan di bumi Allah SWT. Menjadi seorang sahabat, suami, bapa dan juga pemimpin. Segala pengertian yang dicari tentang diri kita, cukup jelas dalam pembawakan baginda, melalui amanah, akhlak dan adab Baginda, sebagai petunjuk yang nyata buat seluruh umat. Sempena Maulidur Rasul ini, bersama kita mendekatkan diri kepadanya dengan mengikut teladan baginda, perbanyakkan selawat kepada baginda, moga syafaat di akhirat kelak dianugerahkan oleh Baginda buat setiap daripada kita dan mereka yang tersayang. ✨ ‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ‘O Allah, blessings be upon Muhammad PBUH and his family’ #ArahManaSyurga ______________ ‎إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Quran, Surah Al-Ahzab (56)]

A post shared by Wan Emir Astar (@wanemirastar) on

Menerusi laman Instagram PU Azman atau lebih dikenali dengan Cik Man, beliau telah memuat naik satu perkongsian yang memaparkan video menjawab pelbagai soalan mengenai hukum bersama Mira Filzah.

Dalam video berkenaan, Mira Filzah sempat bertanyakan satu soalan mengenai hukum menantu yang bersalaman dengan bapa mertua.

Lalu Cik Man menjawab persoalan Mira itu dan turut memberikan ‘hint’ yang pelakon itu akan berkahwin pada bulan Oktober tidak lama lagi.

Secara spontan PU Azman bercakap mengenai tarikh pelakon itu akan mendirikan rumah tangga dan reaksi Mira Filzah buat ramai yang menjangkakan desas desus itu betul.

 

View this post on Instagram

 

Manis Suhaila 🧡 . . #KauBidadari for Ramadhan, Astro Ria.

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Ketika itu, muka pelakon itu yang terkejut dan gugup seolah telah kantoi yang beliau akan mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hatinya itu tidak dapat disorok lagi.

Walaupun Mira sempat membuat isyarat seolah-olah menafikan namun beliau selepas itu turut senyum tersipu malu setelah disakat oleh Cik Man.

Semoga Mira Filzah bertemu dengan lelaki pilihan hatinya dan khabar gembira mengenai perkahwinan itu menjadi kenyataan.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.