Connect with us

Viral

[VIDEO] Biarpun PKP di Rumah, Hafiz Mahamad Tetap Buat Surprise Birthday Untuk Isteri

Rumahtangga yang bahagia datang dari pasangan yang menghargai pengorbanan pasangan mereka dalam sama-sama ke arah membina keluarga bahagia.

Sikap tolak ansur, bertimbang rasa dan bantu-membantu dalam rumah tangga mampu melahirkan pasangan yang bahagia.

Besar pengorbanan seorang isteri dalam melahirkan zuriat, namun begitu tidak dapat disangkal juga pengorbanan suami dalam usaha mencari rezeki buat keluarga tercinta.

Hargai pengorbanan isteri cara suami tunjuk kasih sayang

Menghargai pengorbanan isteri mungkin salah satu cara suami ini menunjukkan rasa kasih dan sayangnya kepada isteri tercinta.

Saban tahun pasti ada sahaja idea personaliti media sosial Hafiz Mahamad dalam usahanya membuat kejutan istimewa untuk Syafiqah Aina.

Oleh kerana kita masih lockdown, usahawan ini akhirnya mengambil keputusan untuk membuat kejutan di rumah sahaja.

Surprise Birthday wife time “LockDown”

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Hafiz memuat naik kapsyen romantik berserta video kejutan buat isteri tercinta.

“Banyak hari juga saya termenung, apa nk surprise wife ni. Dalam hati, ish tak boleh kalau tak buat, saya nk dia rasa special. Itu hari penting dia.”

Saya cuba cari idea untuk suprise kat rumah

“Saya dok pusing pusing dekat dalam rumah tu, cuba cari idea apa yang surprise boleh buat dalam rumah ni.”

“Bila fikir balik, macamana nak buat? Sebab nak keluar tak boleh, nak beli barang pun tak boleh.”

“Idea dah ada, saya nak deco rumah tu. Saya try contact surprise planner @sugarsurprise & tanya dia saya nak barang itu & ini.”

Saya kurung isteri saya seharian dalam bilik

“Nasib baik dia boleh sediakan & hantar dalam box. So saya buat dekat rumah dengan bantuan orang dekat rumah ni.”

“Semalam saya kurung la isteri saya seharian dalam bilik untuk saya buat semua ni, dia pun mcm blur blur. “apa la laki aku nak buat?.”

Dia bersiap macam nak makan dekat KLCC

“Bila dah siap semua, punya lah nervous hati ni tapi mmg setiap kali buat surprise saya akan nervous hehe.”

“Dia keluar je dari pintu bilik, wow “antiknyaaaaa” bersiap macam nak makan dekat klcc haha.”

Saya pasang video ucapan family dia untuknya

“Time turun tangga, tepi tepi tu ada belon dan gambar memori saya dan juga dia dari awal kenal.”

“Dptla dia ingat 9’tahun dah sama sama. Sampai bawah pula, saya pasang video ucapan team & video call dgn family dia untuk beri ucapan dkt dia.”

Abanglah chef untuk harinie

“Paling best time candle light dinner, wife tanya “eh kenapa abang letak bunga besor ni dkt tengah, mcmana sayang nk tgk muka abang” haha! Alaa yang, abang bantai je.Kita alih jela.”

“Bila dia tanya part makan, siapa chef kita mlmni? “Eh abang lah chef!” Kalau invite orang luar, sian abang kena compound lagi. Then kita chill chill berjiwang jiwang sikit hehe.”

Habis dinner saya tipu dia lagi

“Bila dh habis dinner, saya tipu dia lagi. Penat juga dia kena tipu, 1 kena berkurung dalam bilik & bila habis dinner dia ingat surprise dah habis.”

“Saya bawa dia ke bawah, nahhh ada mcm khemah! Alaa kecik kecik dulu kita selalu kain dalam selimut kan? So saya buat mcm tu, hias sikit sikit & movie night.”

Selamat hari lahir peneman syurgaku

“Macamtu lah surprise PKP yg saya buat dkt isteri yg saya sayang ni. Banyak dh dia berkorban & support saya.”

“Apa pun keadaan saya tetap akan usaha untuk dia sentiasa tersenyum! Selamat Hari Lahir “peneman syurgaku” @syafiqahaina.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Sementara itu menerusi perkongsian di laman Instagram Syafiqah Aina pula berkongsi momen istimewa itu bersama pengikutnya.

Beautiful Lockdown Birthday Celebration

“Ada je surprise yang dia nak buat walaupun dalam keadaan yang Aina tahu pening kepala nak fikir sebab semua benda susah nak deal.”

“Especially bila nak dine in tak boleh, visitor nak masuk dalam area rumah tak boleh, apalagi surprise planner nak datang install decor ni semua. Semua tak boleh time ni.”

Aina gembira dan hargai sangai usaha Hafiz buat semua benda ni

“But, what a beautiful lockdown birthday celebration he made last night! Aina happy & appreciate sangat effort dia buat benda ni semua.”

“Aina tak expect anything pun for thisyear, siap cakap takpayah bagi apa apa pun. Tapi kalau dah Hafiz, mana boleh duduk diam.”

Saya adalah wanita paling gembira

“Thankyou so much sayang for everything @hafizmahamad. Almost 9years kenal, tak pernah stop put your 110% effort in everything especially for me, AINAA & our family.”

“Never doubt my love for you, my feeling for everything you do for me because it is always me being the happiest woman alive.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina)

Netizen terharu dan kagum dengan usaha Hafiz

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dan terharu dengan usaha Hafiz untuk membuat kejutan istimewa untuk isteri tercinta walaupun ketika lockdown.

BACA: [VIDEO] “Ini kali terakhir aku datang sahabat,” Hafiz Mahamad Imamkan Solat Dan Kebumi Jenazah Sahabat

Mereka juga turut menitipkan doa agar pasangan terus berjaya dan bahagia hingga ke syurga.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.