Adik Ainul Mardhiah seorang anak kecil yang berjiwa besar. Walaupun menghadapi ujian getir ketika masih bayi namun semangat juangnya yang tinggi sangat dikagumi ramai.
Suatu ketika dahulu, ketika Ainul memerlukan rawatan dan hampir semua mendoakan agar anak kecil ini pulih dan kembali ceria seperti anak-anak kecil yang lain.
Pembdahan yang dilakukan ke atas Ainul telah berjaya dan setelah mendapat rawtan susulan di hospital akhirnya Ainul dibenarkan pulang ke rumah.
Kini, kedua ibu bapanya selalu berkongsi perkembangan Ainul dari semasa ke semasa bagi mereka yang sentiasa mendoakan dan merindui Ainul.
Satu demi satu perkembangan positif Ainul di kongsi oleh ibu bapanya menerusi laman sosial Facebook dan Instagram.
Ada gelagat yang lucu dan mencuit hati, ada gelagat yang dilihat Ainul semakin bijak dan ceria dari masa ke semasa.
Sebelum ini satu perkongsian dari bapanya yang menunjukkan Ainul sudah pandai tersenyum ketika bermain dengan bapanya.
Kelihatan juga Ainul semakin ceria dan gemar bermain terutama dengan bapanya yang gemar berkongsi telatah Ainul.
Terbaru, satu video perkongsian dari bapanya yang mana Ainul sudah mula mempelajari emosi sedih ketika bapanya menyanyikan lagu sedih.
Ainul kelihatan sedih dan menggosokkan matanya ketika bapanya mendendangkan lagu sedih yang menyentuh jiwa.
Semoga Ainul terus sihat dan ceria seperti anak-anak kecil lain dan sembuh sepenuhnya dan menjadi kanak-kanak yang ceria.