Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Bini buang tebiat” Bella Astillah Menari TikTok, Reaksi Aliff Aziz Buat Netizen Terhibur

Pasangan selebriti Bella Astillah dan Alif Aziz antara pasangan yang sering mendapat perhatian umum.

Selepas kisah pergolakan rumah tangga mereka sebelum ini, Bella dan Alif dilihat lebih matang berkongsi kisah peribadi mereka di media sosial.

Setahun berjauhan, Bella dan Alif mahukan ruang peribadi

Selain itu, pasangan ini juga berdepan pelbagai dugaan termasuk terpisah sementara semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Setelah hampir setahun berjauhan, pastinya Bella dan Aliff mahukan ruang peribadi untuk mereka berdua.

Bella selamat lahirkan cahaya mata kedua

Bella juga telah selamat melahirkan bayi kedua mereka pada Julai 2020 lalu tanpa kehadiran Alif ketika itu.

Pada penghujung Disember 2020 lalu, penyanyi tinggi lampai dari Singapura, Aliff Aziz kini sudah dapat berkumpul semula bersama dengan isterinya, Bella Astillah dan dua lagi anak mereka di Kuala Lumpur.

Pasangan ini dilihat banyak menghabiskan masa bersama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Bella sering menghabiskan masa untuk mempromosikan perniagaan miliknya serta membuat video TikTok.

Reaksi tercengang Alif tengok aksi Bella

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram Bella, satu posting video dimuat naik oleh penyanyi dan pelakon ini.

Apa yang menarik adalah, video tersebut memaparkan reaksi suaminya seakan pelik dan bengang dengan isterinya yang tiba-tiba merekod video sedang menari.

Reaksi muka Alif ketika itu kelihatan terpinga-pinga seakan bingung dengan gelagat isterinya ketika itu.

Bella sengaja mahu merakam respon Alif

Sebenarnya Bella mahu merakam mimik muka dan respon dari suaminya. Jadi dia sengaja berbuat sesuatu secara spontan dan dapat merekod reaksi muka Alif.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat suami isteri ini.

Malah mereka turut mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia dan kembali berkongsi video nyanyi mereka seperti dulu.

Berjaya raih 750,000 tontonan dalam masa 24 jam

Posting yang dimuat naik oleh Bella Astillah itu telah berjaya meraih hampir 750,000 tontonan setelah dimuat naik 24 jam yang lalu.

Terdahulu, pasangan ini berpisah pada 16 Mei 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bella dan Alif kembali bersama 

Bella membuat keputusan untuk meneruskan hidup tanpa Aliff kerana tidak tahan dengan sikap Aliff yang berlaku curang terhadapnya.

Namun pada April 2020, Bella mengesahkan di laman IG beliau bahawa beliau dan Aliff telah rujuk kembali pada tahun 2019 ketika Bella dalam tempoh iddah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.