Connect with us

Viral

[VIDEO] “Bini mengandung dia yg muntah,” Tak Tahan Alahan Isteri Hamil, Suami Berhenti Muntah Tepi Jalan

Seringkali kita dengar tentang ibu yang hamil di peringkat awal kandungan akan mengalami simptom mual dan muntah-muntah.

Itu adalah simptom biasa untuk para ibu hamil kerana kebiasaannya wanita hamil akan mempunyai perubahan hormon seperti muntah-muntah, mengidam sesuatu makanan malah ada yang tidak tahan dengan bau tertentu.

Namun lain pula dengan cerita wanita ini kerana suaminya yang terkena tempias alahan itu sehingga menyebabkan suaminya lemah dan tidak berdaya untuk membawa kereta.

Menerusi video pendek yang dikongsi pemilik akaun tiktok Fatehaeha7392, dia telah merakam suaminya yang berhenti kereta di tepi jalan kerana tidak tahan untuk muntah.

Oleh kerana kesian melihat si suami sering berhenti, dia membuat keputusan menggantikan suaminya untuk memandu walaupun rumah mereka sudah tidak jauh dari kawasan itu.

“Kesian suami saya, bini yang mengandung dia yang muntah-muntah.”

“Asyik berhenti tepi jalan, saya pula yang ganti memandu sikit lagi nak sampai rumah dah tak tahan nak muntah. Sabarlah wahai suami, bahagi-bahagi la rasa tu, saya bawa baby kamu ni.”

Walau bagaimanapun, dia terhibur melihat keadaan suaminya kerana sebelum ini dia yang mengalami alahan yang teruk ketika hamil anak pertama dan kedua.

Dia juga gembira kerana kali ini dia tidak mempunyai apa-apa alahan ketika mengandung, tidak seperti sebelum ini.

“Rasa bahagia pulak kalini mengandung tiada rasa alahan. Cukup dua kali rasa alahan sebelum ni.”

Fateha juga berharap agar suaminya dapat bertahan dan bersama-sama berkorban demi anak dalam kandungannya itu.

Menerjah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga merasa terhibur dengan perkara itu kerana jarang sekali melihat para suami yang mendapat alahan seperti itu malah ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama dengannya tidak lupa juga ramai yang mengucap tahniah untu mereka.

“Saya dulu keempat empat anak,suami yang alahan dia juga yang mengidam yang bukan-bukan. Saya bawa baby dan melahirkan saja.”

“Tu lah dinamakan sehati sejiwa sama2 megandung, cuma yang melahirkan isterinya je. Tahniah ya jaga baik-baik baby.”

Video tular di laman Tiktok

@fatehahefa7392rasa bahagia bila pegnen xda alahan tpi kesian plak tgk dia yg kena alahan org pegnen…sabr wahai husbnd iya b’tahan sja #pejuangektopik9week6day#fyp♬ Dj Beta Janji Beta Jaga Slow – DJ Mbon Mbon

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.