Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman merupakan seorang usahawan kosmetik yang berjaya.
Pastinya usahawan kosmetik ini telah menjadi inspirasi ramai golongan muda yang mahu berjaya di usia muda sepertinya.
Selain itu, Aliff juga merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda Rozita.
3.8 juta pengikut di Instagram
Aliff Syukri juga turut mempunyai ramai peminat. Jika dilihat pada akaun Instagramnya pengikut di Instagram telah mencapai 3.8 juta pengikut.
Terbaru, menerusi satu live Instagram, Aliff sempat mempromosikan mask yang merupakan produk terbaru dari syarikatnya.
Dugaan marketing mask keluaran terbaru
Menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna yang bernama Nurnilam Sari, satu video dimuat naik yang menunjukkan Aliff Syukri sedang mempromosikan mask terbarunya.
“Kesian alip kena kecam lagi. Netijen memang suka memerhati. Kau silap habis kena kecam, sabarlah alip”.
“Sistur faham perasaan awak, berubah muka alip. Inilah salah satu dugaan dalam marketing, silap jer kena tibai”.
Netizen pantang salah sikit, terus kena
Ketika video itu berlangsung, banyak komen yang diterima untuk Aliff menguji keberkesanan mask tersebut.
Ujikaji mask keluaran Aliff Syukri
Pada awalnya, Aliff memakai mask tersebut dan menyalakan pemetik api untuk menguji samada angin boleh menembusi mask tersebut.
Hasilnya, tiada angin yang keluar dan api yang menyala pada pemetik api juga tidak terpadam.
Cubaan uji air menitis atau tidak
Kemudian, seorang penonton mahu Aliff cuba menuang air pada mask berkenaan untuk menguji samada air boleh menembusi mask tersebut atau tidak.
Untuk ujikaji kedua, apabila menuang air ke dalam mask tersebut air yang dituang tadi kelihatan menitik menembusi mask tersebut.
Selepas itu, Aliff Syukri dilihat santai memotong buah mangga sambil melayan beberapa soalan dari pengikut Aliff di ruangan komen live video.
Tak puas hati, uji mask 3 PLY
Tidak lama selepas itu, satu lagi ujikaji dilakukan oleh Aliff Syukri keatas mask 3 PLY samada mask tersebut boleh menembusi air atau tidak.
Aliff mengambil mask 3 PLY yang sering digunapakai oleh semua orang dan menuang sedikit air ke atas permukaan mask tersebut.
Namun begitu, air yang dituang ke atas mask 3 PLY tersebut dilihat tidak menitik. Kemudian Aliff turut menguji cara yang sama untuk sebelah lagi permukaan mask 3 PLY tersebut.
Keputusan yang sama diperolehi oleh Aliff dan penonton yang melihat ujikaji tersebut.
Video tersebut mengundang komen lucu dari netizen yang tak henti-henti ‘mambahan’ Aliff yang kelihatan bengang dengan hasil eksperiman yang dilakukannya.