Seorang wanita telah meluahkan perasaan di laman Facebook milknya apabila suaminya didakwa menduakannya dengan seorang gadis lain.
Menerusi perkongsian di Facebook tersebut, Nur nrhfaslml telah memuat naik gambar suaminya bersama gadis tersebut di Genting.
so sweet. aku yang isteri kau pun kau tak penah peluk erat macamtu. genting pun tak pernah bawa
ayat yang menghancurkan hati aku hari terakhir aku jumpa kau, kau kata kau bosan jemu dan apa yang kau plan masa awal perkahwinan tak menjadi and salah satu darinya ialah tak bagi kau anak.
Allah, terduduk aku. menangis aku depan kau. tergamaknya kau kata sesuatu yang mcmtu kepada isteri yg selama ni bersusah payah dengan kau sejak 10 tahun yg lalu. (kawin 4 tahun)
doakan aku, korang. aku sangat tak kuat.
Nur mandakwa suaminya meninggalkannya kerana dia tidak mampu memberikan suaminya anak.
Sebelum posting tersebut, Nur ada memuat naik gambar yang mendedahkan Instagram wanita tersebut.
aku dah tak kisah apa yang jadi selepas ini. hancur hati aku. sehancur hancurnya. ini yang kau inginkan. aku bagi
doakan aku jalani ibadah puasa dan raya nanti dengan hati yang kuat. terima kasih moga jumpa lagi kalau bukan disini, di sana nanti
Di dalam satu video balas, wanita yang dikenali sebagai Moyy itu mengatakan semua itu adalah urusan peribadinya dengan suami Nur.
Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, isu ini dapat diselesaikan dengan baik di antara mereka bertiga