Kalau dah jodoh tak kemana, antara ungkapan yang sering kita dengar apabila membicarakan perihal jodoh dan perkahwinan.
Ada orang diberikan rezeki keluarga bahagia, ada yang diberikan rezeki kerjaya yang bagus dan ada pula diberikan rezeki jodoh yang awal tiba.
Setiap orang mempunyai perjalanan hidup masing-masing. Tiada salah membuat keputusan berkahwin di usia yang muda jika keduanya bersedia menggalas tanggungjawab bersama.
Tidak salah berkahwin di usia muda jika bersedia galas tanggungjawab
Walaupun, mempunyai perbezaan dari segi umur dan sebagainya perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang.
Asalkan pasangan ini betul-betul bersedia dan mampu menempuhi dugaan dalam hidup berumahtangga bersama.
Ramai bertanyakan soalan mengapa kahwin di usia muda
Sama seperti video yang trending di laman TikTok, dikongsikan seorang gadis dikenali sebagai Akma ini telah mendapat perhatian ramai.
Nasri tampil menjawab soalan yang diajukan oleh netizen yang bertanyakan mengapa dia berkahwin pada usia yang muda.
Selesa menjadi isteri walaupun masih bersekolah
Susulan daripada itu, gadis ini tampil menceritakan kelebihan pada dirinya yang berkahwin pada usia muda.
Menurut gadis ini, dia berasa selesa menjadi isteri walaupun di usia muda dan masih meneruskan persekolahan.
Malah menerusi kapsyen yang ditulis, gadis ini selesa berkahwin di usia muda asalkan tidak mengganggu suami orang.
Ada suami teman siapkan kerja sekolah
Malah dia turut berkongsi ada suami yang setia menemani dirinya ketika sedang menyiapkan kerja sekolah.
Selain itu, dia turut merasa lebih selamat di samping suami tercinta dan masih boleh berkawan seperti biasa walaupun sudah bergelar isteri.
Isteri 17 tahun dan suami 19 tahun
Menerusi tinjauan di laman Instagram pasangan ini, mendapati gadis ini baru sahaja berusia 17 tahun manakala, suaminya berusia 19 tahun.
Menerusi video lain yang dikongsi , difahamkan gadis yang berusia 17 tahun ini sedang hamil.
Semoga dipermudahkan urusan pasangan ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah pengantin muda ini.
Selain itu, mereka juga turut menitipkan doa semoga urusan pasangan ini dipermudahkan.
Walaupun ada segelintir yang merasa pasangan ini terlalu muda untuk melangkah ke alam perkahwinan, namun mereka turut berharap pasangan ini bahagia hingga ke syurga.
Perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu telah meraih lebih dari 2 juta tontonan setelah dimuat naik.
Video yang tular di TikTok