Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Bukan barang terlarang, saya cuma jual krim..” Lan Pet Pet Sebak Dituduh Netizen

Beberapa hari lepas, seorang pelawak veteran iaitu Lan Pet Pet telah dituduh menjual ‘barang’ di sebuah kawasan perumahan.

Tular di media sosial apabila seorang individu telah merakam kejadian itu di tempat yang gelap dan rata-rata netizen mendakwa dia menjual barang secara haram.

Namun kali ini, Lan Pet Pet tampil membuat penjelasan mengenai isu yang membabitkan dirinya sekaligus telah menconteng arang di mukanya dan juga keluarga.

Pelawak Veteran itu menafikan terlibat dalam sebarang penjualan barangan terlarang seperti yang di war-warkan oleh netizen sebelum ini.

Lan Pet Pet berkata, dia menjual produk krim kesihatan lelaki dengan rakan kongsinya.

Menerusi laporan Kosmo, Lan mendakwa amat terkesan dengan video yang tular itu kerana telah memberi imej yang negatif terhadap dirinya sekeluarga kerana dia hanya membuat penghantaran produk sahaja di sekitar rumahnya.

“Ramai salah faham apabila video tular menyatakan saya menjual barang terlarang. Saya ingin tegaskan tidak buat begitu.

“Orang itu (pembeli) duduk kampung hendak membeli krim tersebut, namun tidak tahu cara pesanan dalam talian disebabkan telah tua.

“Produk ini mungkin menyebabkan dia malu dengan keluarga dan isterinya, jadi saya buat COD produk itu sahaja,” katanya pada sidang akhbar di hadapan kompleks mahkamah, Seksyen 5.

Lan kini sedang bekerja sebagai pegawai khas di sebuah firma guaman.

Walaupun telah mendapat pelbagai kecaman daripada netizen namun beliau turut memaafkan segala tomahan yang dilemparkan kepadanya menerusi video yang tular di media sosial itu.

Ujar Lan Pet Pet, dia tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap individu yang merakam dirinya di dalam video tersebut atau mengeluarkan saman sebaliknya memaafkan mereka.

Dia berkata walaupun ramai yang menganggap bahawa perwatakannya kelihatan seperti seorang samseng namun dia seorang yang sebenarnya seorang yang penyayang, ujarnya semasa berhdapan dengan wartawan.

Sebelum ini, tular di Twitter sebuah video yang memaparkan seorang individu seperti sedang menjalankan urusan jual beli dalam keadaan mencurigakan di kawasan gelap.

Individu yang didakwa pelawak terkenal ini sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila namanya dikaitkan dalam satu video tular yang mendakwa dirinya sedang berurusan jual beli ‘barang’.

Menerusi video yang dirakam, individu yang dikatakan dari kumpulan popular itu tiba-tiba mengamuk keraa bengang apabila mengetahui urusan yang dilakukan dengan seorang penunggang motosikal sedang dirakam.

Beliau segera keluar dari kereta Perodua Myvi miliknya dan memarahi penunggang motorsikal berkenaan.

“Woi! Hang rakam apa?” kata individu itu dalam loghat Utara.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter pada jam 8.59 malam, hari ini, sudah ditonton lebih 15,000 dan diulang kicau lebih 312 kali.

“Rajin pelawak zaman sekarang ni, macam-macam kerja mereka buat.

“Hari tu seorang jadi tauke ayam. Kali ni tak pasti lagi tauke sayur atau air batu,” kata pemilik akaun Twitter yang memuat naik video berkenaan.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan oleh netizen masing-masing mendakwa individu terbabit mirip seorang pelawak berdasarkan loghat dan suara. Namun ada juga yang menyangkal tuduhan itu.

“Nampak sangat berlakon.”-Netizen

“Staged. Amende pass barang jauh2 macamtu nampak nau memang nak bagi nampak satu alam hahaha. Ytjt.”

“Doesnt looks legit.”

“Tak real siak. Nampak sangat berlakon.”

“Beria menghalakan lampu motor ke arah muka pelawak sampai senget2 tayar motor.”

“Alaa kalau fikir logik takkan la nak bagi barang tempat terbuka macam tu woi….agak2 la dengan lampunye.”

Malah ada juga yang mendakwa ia sebagai strategi pemasaran sebelum individu didakwa melancarkan produk baharunya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.