Pengacara dan juga penyanyi kumpulan nasyid, Fakhrul Unic telah berkongsi satu klip video lucu semasa menerima panggilan telefon daripada seorang kanak-kanak untuk program Sahabat Ramadan baru-baru ini.
Menurutnya, kadang kala rasa lucu itu datang tanpa diundang dan secara spontan.
Semasa disoal nama pemanggil, kanak-kanak itu mempersoalkan semula bukankah namanya telah dipaparkan di kaca televisyen.
Fakhrul dengan nada berseloroh dan ‘memarahi’ dirinya dan hos lain supaya membaca sendiri nama kanak-kanak tersebut yang sudah tertera di skrin televisyen.
Tambah Fakhrul lagi, di akhir panggilan kanak-kanak itu rancangan terpaksa diberhentikan dan diteruskan ke iklan komersial kerana semua hos dan kru sudah tidak mampu menahan gelak.
Momen kelakar itu dikongsikan oleh Fakhrul menerusi muatnaik video di laman Instagram miliknya.
“Rasa klakar tu dtg kadang tak di undang. Sy perati je dak ni jawab..barai, satu studio, krew2 cameraman smua dh gelak..
“FM @syazwannordin lari keluar studio..member dua2 dh tahan gelak truk, try control lg.. last2 mana tahan.
“Terus trpaksa throw iklan, padahal belum lg patutnya.
#sahabatramadan minggu last dah..setiap hari 5.30 ptg di astro oasis k,”
Terhibur dengan gelagat ketiga-tiga pengacara yang tidak dapat menahan ketawa, netizen meninggalkan pelbagai reaksi di ruang komen.