Pelawak dan penyampai radio popular, Jep Sepahtu menarik perhatian para peminat dan netizen menerusi satu video.
Di dalam perkongsian di laman Instagram miliknya, Jep memberikan nasihat agar semua rakyat Malaysia mengikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan.
Perintah Kawalan Pergerakan ini mula dikuatkuasa sejak 18 Mac 2020 yang lepas.
Menerusi video berkenaan, Jep berkongsi aktiviti yang sepatutnya dilakukan di rumah bersama keluarga.
Di dalam kapsyen, Jep menulis dengan memberitahu dirinya itu bukan marah namun memberikan nasihat.
Sambil menyiram pokok dan meluangkan masa bersama anak-anak, Jep sempat ‘membebel’ memberi nasihat kepada semua agar menuruti perintah kerajaan..
Video yang dikongsikan tersebut meraih hampir 700,000 tontonan yang turut menerima pelbagai respon dari para peminatnya.
“Hahaha orang rumah suruh duduk rumah dh takut”
‘Sedap la jep, rumah mcm2 ada.. kami ni.. rumput pun tak da..staysafe”
“Bosan la mlm ni xdk live sepahtu reunion..tp xpa demi keselamatan semua”
Untuk rekod, Jep telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari tahun 2017 dengan pelakon popular, Sari Yanti.
Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia satu tahun.
Mereka juga sedang menanti untuk menimang cahaya mata kedua apabila Sari Yanti disahkan hamil dan berkongsikan kepada ramai setelah enam bulan mengandung.
Sari Yanti mempunyai dua orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinanya terdahulu.