Penularan pandemik Covid-19 kini berada di tahap yang membimbangkan berikutan angka jangkitan wabak berkenaan masih tinggi setiap hari.
Oleh yang demikian, semua rakyat diwajibkan mematuhi peraturan atau SOP yang telah ditetapkan terutama ketika berada di tempat awam.
Salah satu peraturan yang wajib adalah pemakaian pelitup mulut dan hidup (face mask) bagi setiap orang termasuk kanak-kanak.
Seorang lelaki undang tawa netizen apabila salah pakai pelitup mulut
Setiap individu yang tidak mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000.
Jika kita pergi ke tempat awam atau dikedai sudah menjadi kebiasaan setiap orang memakai pelitup muka dan hidung. Jika tidak semua orang akan menjauhi anda kerana bimbang dijangkiti penyakit.
Walaubagaimanapun, dek kerana sudah terbiasa dengan peraturan yang ditetapkan, seorang lelaki nekad memakai pelitup mulut dan hidung demi mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Pakai pelitup mulut anak
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok itu, seorang lelaki yang juga bapa telah telah memasuki sebuah kedai serbaneka dengan memakai pelitup muka anaknya.
Gara-gara tertinggal pelitup mulut dirumah, lelaki berkenaan selamba membeli-belah walaupun saiz pelitup mulut itu ketara milik anaknya.
Staf di kaunter pembayaran tahan gelak dengan adegan lucu itu
Walaupun menjadi tumpuan ramai dengan keadaan tersebut, lelaki tersebut masih meneruskan pembelian dan membuat bayaran dikaunter seperti biasa.
Malah, staf di kaunter pembayaran juga turut menahan ketawa disebalik pelitup mulut mereka dengan gelagat lucu lelaki berkenaan.
Suaminya jenis yang tidak kisah asalkan selesa
Kejadian tersebut telah dirakam oleh Puan Deeyla yang merupakan isteri kepada lelaki berkenaan.
Menurut Puan Deeyla, suaminya memang jenis yang tidak kisah asalkan ia selesa dipakai olehnya.
Video yang tular di laman Tiktok
Lucu, tapi bagusnya tetap ikut SOP
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa lucu dengan gelagat lelaki berkenaan.
Namun, mereka turut memuji lelaki berkenaan kerana tetap cuba mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Selain itu, video berkenaan turut mendapat perhatian ramai dan telah meraih lebih dari 80,000 tontonan setakat ini.