Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Cik B Bagi Dato Vida Rm100k, Ini Sebabnya

Siapa yang tak kenal dengan pengusaha barangan kosmetik, Dato Seri Vida yang sering muncul di kaca tV dan juga di laman sosial.

Terbaru, Dato Vida telah terpalit dengan isu penajaan hadiah dengan penyanyi tersohor Aisyah menerusi satu pertandingan nyanyian.

Rentetan daripada itu, Vida telah membuat satu sidang media mengenai isunya dengan Aisyah.

Walaubagaimanapun, di penghujung sidang media tersebut, Cik B iaitu anak kepada Dato Vida telah muncul dan memberi wang sebanyak RM100,000 tunai kepada ibunya.

Cik B berkata dirinya rasa bertanggungjawab untuk membantu ibunya menyelesaikan kemelut dengan Aishah.

Cik B juga tidak mahu lagi melihat Datuk Seri Vida menangis setiap hari memikirkan masalah tersebut.

“Mama (Datuk Seri Vida) pernah mengadu mengenai masalah ini namun Cik B buat tidak kisah sebab tidak mahu mama sedih. Tetapi Cik B sebenarnya kisah dengan masalah yang dihadapi mama dan ia terlalu berat bagi mama.

Video Live Cik B Bagi Wang Kepada Dato Vida

“Itu sebabnya Cik B rasa terpanggil untuk membantu mama dalam kes ini dan hari ini Cik B menyerahkan hasil jualan produk sendiri iaitu kulit ikan salmon disalut serbuk telur masin yang diberi nama Cik B Chips berjumlah RM100,000,” katanya.

Ramai netizen yang memuji niat baik Cik B dan mendoakannya murah rezeki. Malah ada juga yang menyatakan Cik B seorang anak yang baik dan jujur.

Semoga isu di antara Dato Vida dan Aisyah ini selesai dengan sebaiknya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.