Connect with us

Viral

[VIDEO] Comel Pakcik Penunggang Motosikal Merajuk Sebab Pekerja Salah Set Pam Minyak

Satu video telah dirakam di salah sebuah pam minyak apabila satu kejadian lucu antara penunggang motosikal dan pekerja stesen minyak.

Kejadian itu merupakan satu salah faham dan kesilapan teknikal dari pihak pekerja stesen minyak yang bertugas ketika itu.

Seorang penunggang motosikal dikatakan telah merajuk apabila pekerja disitu tersalah set pam minyak ketika itu dan video tersebut telah mencuit hati netizen.

Menerusi video itu, gelagat lucu penunggang motosikal itu telah mencuit hati dan tular di laman sosial Facebook yang telah dikongsi oleh Viral.My.

Video berdurasi 1 minit 21 saat itu pada asalnya telah dikongsi oleh Firdaus Moetar dalam Facebooknya itu memberitahu, kejadian tersebut berpunca daripada pihaknya.

“Merajuk selepas staf salah ‘set’ pam, maafkan kesilapan kecil kami ini,” kata Firdaus yang dipercayai pekerja di stesen minyak tersebut.

Video tersebut memaparkan seorang penunggang motosikal dikatakan telah merajuk dan enggan berganjak dari kawasan pam minyak itu.

Penunggang motosikal itu tidak berganjak walaupun seorang pekerja stesen minyak telah membantunya mengisi minyak dan mengalihkan motosikalnya dari kawasan itu.

Gelagat lucu penunggang itu yang berdiri tegak di situ dan enggan berganjak menyebabkan seorang pekerja datang semula memujuknya.

Namun apa yang lebih mencuit hati, penunggang motosikal itu telah membelakangkan stesen minyak tersebut sebagai reaksi tanda merajuk dengan apa yang telah berlaku.

Rata-rata netizen meninggalakan komen yang mencuti hati serta terhibur dengan kejadian itu.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.