[VIDEO] “Daddy, Daddy…” Teriakan Anak Lufya Omar Buat Netizen Sebak
Kisah rumah tangga pelakon drama, Lufya Omar dan suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum nampaknya masih tidak berpenghujung.
Kalau dilihat sebelum ini Lufya ada mendedahkan bahawa dirinya sudah diceraikan suami menerusi mesej Whatsapp.
Walaubagaimanapun semasa prosiding mengenai kes penceraian mereka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, suaminya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan prosiding tersebut.
Suaminya, Dr. Hafiz telah menolak permohonan cerai yang dilakukan Lufya dan hal tersebut membuatkan mahkamah mengambil keputusan untuk meminta mereka melantik jawatankuasa pendamai.
Namun begitu, apa yang menarik perhatian netizen, menerusi satu video yang dikongsikan oleh Mstar, reaksi anak mereka iaitu Laana Haura telah membuatkan netizen sebak.
Ketika keluar dari mahkamah, Haura telah berteriak memanggil bapanya dengan panggilan daddy.
Namun, Dr. Hafiz yang seolah tidak mendengar langsung jeritan hiba anaknya sehingga terpaksa ditarik oleh Lufya untuk masuk ke dalam mahkamah.
Dr. Hafiz juga dilihat memasang bodyguard bagi mengelakkan diserbu oleh media dan juga orang sekeliling.
Ketika ditemuramah, Lufya pelik kerana suaminya tidak mahu menceraikannya.
“Saya tak boleh nak komen banyak kerana kes ini belum selesai. Apa yang pelik dia sudah ceraikan saya menerusi WhatsApp dan memaklumkan perkara itu kepada beberapa media.
“Sekarang, dia tarik balik dan cakap tak mahu ceraikan saya,”
Lufya mula terlibat dalam bidang seni apabila menyertai pertandingan Akademi Fantasia Musim Ke-6 pada tahun 2008.
Kemunculan Lufya dalam bidang ini juga mula mendapat tumpuan dari peminat di Malaysia setelah muncul dalam pertandingan tersebut.
Seterusnya, beliau juga mula menjinakkan diri dalam bidang lakonan dan telah banyak membintangi beberapa drama dan telefilem.
Pada 26 November 2016, Lufya telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang doktor, Che Muhammad Hafiz Che Baharum berusia 26 tahun ketika itu dengan sekali lafaz kira – kira pukul 8.30 malam Sabtu.
Majlis pernikahan beliau diadakan di Laman Cinta Nirwana yang dihadiri kira – kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua – dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.
Semoga isu di antara mereka berdua dapat diselesaikan dengan baik dan kebajikan anak terbela.