Connect with us

Viral

[VIDEO] “Kesian anak main sorang2,” Dah Setengah Jam Majlis Hari Jadi Anak, Ibu Sedih Tak Ada Tetamu Hadir

Ibu bapa adalah individu yang teruja apabila tibanya hari kelahiran anak mereka dan membuat pelbagai perancangan dan persiapan untuk majlis tersebut.

Sebolehnya sebagai ibu bapa mereka mahu mencipta satu memori indah ketika tarikh istimewa anak mereka.

Semua tetamu yang dijempur hadir tidak munculkan diri

Namun begitu menerusi aplikasi TikTok, seorang ibu meluahkan rasa sedih apabila majlis hari jadi yang dirancang untuk anaknya tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Ini kerana, kesemua 22 orang tetamu yang dijemput hadir ke majlis berkenaan tidak munculkan diri.

Kisah sedih itu dimuat naik oleh seorang wanita yang menggunakan nama @dawners86 menerusi satu video dalam aplikasi TikTok.

Semua tetamu yang dijemput terdiri daripada rakan anaknya

Menurut Dawn, dia hanya menjemput 22 orang tetamu sahaja dan kesemua mereka terdiri daripada rakan anaknya.

Namun begitu, tiada seorang pun tetamu yang hadir semasa majlis tersebut sedang berlangsung.

Kanak-kanak ini bermain keseorangan hiburkan hati yang sedih 

Hampir setengah jam majlis hari jadi JJ bermula, namun tiada seorang pun rakannya datang.

Apa yang lebih menyentuh hati, anaknya yang hanya mahu dikenali sebagai JJ ini dilihat bermain berseorangan di sebuah taman permainan bagi menghiburkan hatinya yang sedang sedih.

Tiada sebarang sekatan kerana kawasannya sudah dilonggarkan

Jelas Dawn, dia sengaja memilih taman permainan sebagai lokasi majlis memandangkan sekatan disebabkan pandemik kerana di kawasannya sudah dilonggarkan.

Jadi, tiada alasan kenapa rakan-rakan JJ yang dijemput tidak dapat hadirkan diri pada majlis ini.

Dawn hubungi rakan dan ahli keluarganya untuk hadir 

Pada masa yang sama, Dawn turut menghubungi rakan dan ahli keluarganya untuk mengajak mereka hadir ke majlis hari jadi anaknya itu.

Akhirnya, dua pasangan telah membawa anak masing-masing hadir ke majlis hari jadi JJ. Sebagai ibu, Dawn meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka.

@dawners86heart broken. ##heartbroken ##sosad ##hurt ##wow ##lonely ##poorguy ##sadboy ##birthday ##happybirthday ##omg ##cry♬ SAD – Instrumental – Nhím Stone

Ramai yang ingin berikan kanak-kanak ini hadiah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih dengan apa yang terjadi di majlis hari jadi kanak-kanak tu.

@dawners86Reply to @hales1320 ##blessed ##birthday ##replytocomments ##helpothers ##childrenshospital ##donate♬ original sound – dawners

BACA: “Siap offer wife sendiri..” Lelaki Ini Tergamam Jumpa Group ‘Tukar Pasangan Suami Isteri’ Di Facebook

Malah, ada diantara mereka yang tersentuh turut menyatakan hasrat ingin memberi hadiah hari jadi kepada JJ.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.