Connect with us

Viral

[VIDEO] “Datang Masjid Dengan Berguling, Aku Datang Dengan Kereta” Lelaki OKU Ini Buat Netizen Sebak

Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk umat Islam mengejar ibadah. Semua umat Islam berlumba untuk mengejar pahala yang dilipat gandakan pada bulan yang mulia ini.

Hampir semua umat Islam bukan sahaja berpuasa malah menunaikan solat terawih, bersedekah dan melakukan ibadah-ibadah lain.

Pada bulan Ramadhan Masjid juga penuh dengan jemaah yang hadir untuk sama-sama melakukan ibadahpada bulan ini. Pengunjung Masjid terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan pelbagai golongan tanpa membezakan darjat ataupun harta.

Telah tular satu video mengenai seorang pengunjung Masjid yang kurang upaya masih gigih melakukan ibadah di Masjid sungguhpun dia berkeadaan begitu. Seorang yang kurang upaya betapa murni hatinya masih bersusah payah ke Masjid merebut pahala dan sama-sama berjemaah dengan jemaah yang lain.

Tanpa kita duga, setiap insan itu mempunyai nasib yang berbeza-beza. Ramai yang dilahirkan dengan sempurna namun ada juga yang dilahirkan dengan kurang upaya.

Tetapi seperti yang kita pelajari, mereka yang kurang upaya ini bukanlah untuk disisihkan, mereka dihadirkan kepada kita untuk sama-sama kita bantu dan kita sedar betapa kita perlu bersyukur dengan setiap kurniaanNya.

Seorang lelaki kurang upaya hadir ke Masjid walaupun dia tidak mampu berjalan dan hanya berguling masih teguh hadir untuk sama-sama melaksanakan ibadah.

Betapa kerdilnya kita yang sempurna fizikal hadir ke Masjid dengan kereta masih malas ke Masjid.

Satu perkongsian video telah tular dikongsikan oleh saudara Nasrul Mohamed di laman sosial Facebook yang merekodkan seorang lelaki datang dengan cara berguling. Perkongsian itu telah mengundang perasaan sebak orang ramai.

Lelaki kurang upaya itu bersusah payah berguling untuk menunaikan solat berjemaah di Masjid dan difahamkan video itu dirakam ketika dia sdatang mahu menunaikan solat di Masjid Kubang Kerian, Kota Bharu.

Walaupun dia tidak sempurna fizikal, lelaki itu masih gagah dan berusaha menyempurnakan tanggungjawabnya.

Ramai komen dari netizen yang rata-rata sebak melihat lelaki itu dan mendoakan semoga lelaki itu sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusannya.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.