Tidak dapat dinafikan, pada zaman kini manusia sanggup bertindak melakukan perkara yang tidak sepatutnya semata-mata demi ‘content’ murahan.
Manakan tidak, sebelum ini pun ramai ‘youtuber’ yang dikecam kerana memuat naik ‘content sampah’ yang jelas ingin mengaut viewers dan mengundang kecaman netizen.
Namun kisah kali ini bukan berkaitan dengan ‘youtuber’, namun tentang ‘pecinta dua roda’ yang sengaja membuat video yang membuatkan netizen berang.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki dikenali sebagai Faqih Faiqal di page Malaysia Automotive Shitposting, wanita berbaju kuning itu berjalan menuju ke arah ibunya. Namun siapa sangka, dia secara tiba-tiba menggunakan kain batik ibunya itu untuk lap ‘visor’ helmetnya.
“Terima kasih mak selalu bahagiakan saya, faham minat saya, faham isi hati saya.” ujar wanita tersebut melalui kapsyen di dalam video itu.
Dia juga turut menghargai jasa ibunya yang sentiasa berada disisinya taat susah dan senang.
“saya ingat tangan mana yang sambut masa saya senang dan tangan mana yang buang masa saya susah mak.” katanya lagi.
Video yang tular dilaman Facebook:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak bersetuju dengan sikap wanita itu yang di’label’ kan kurang ajar dan tidak menghormati ibunya.
“sanggup buat macam tu demi content.. aduhh” – Netizen
Bukan itu sahaja, Para netizen juga berpendapat bahawa video tersebut tidak sepatutnya dipaparkan pada umum namun wanita ini seolah-olah sengaja ‘cari penyakit’ dengan memuat naik video tersebut seata-mata demi ‘content’.
Berikut merupakan komen daripada warga maya:
” haha elok mak kau biar je kau koma..”
“nampak kain mak dia tu macam kain lap ke?”
Benar kata orang, adab dalam kehidupan amatlah penting kerana ianya akan mencermin keperiadian sebenar kita. Ilmu setinggi gunung namun adab tidak ada maka tiada guna.
Semoga ini menjadi iktibar kepada mereka yang gemar mencipta dan memuat naik ‘content sampah’ agar tidak lagi berbuat sedemikian.