Tidak semua dari kita lahir sempurna dan bertuah di muka bumi ini. Ada ramai lagi yang kurang bernasib baik diluar sana yang masih gigih meneruskan hidup.
Pelbagai jenis ujian datang kepada kita, ada diantara kita diuji dengan wang ringgit dan ada pula diantara kita diuji dengan kelainan kurang upaya.
Satu perkongsian yang menyentuh hati dari seorang pengguna Facebook yang bernama Zairul Eizam.
Beliau menceritakan kegigihan pasangan suami isteri kurang upaya ini yang sedang dalam perjalanan bersama dua anak mereka.
Dua kali saya menangis, luluh hati
“Dua kali saya menangis dengan asbab yang berlaku. Luluh hati.
“Sekitar waktu maghrib semalam, tengah laju bawa motor dekat Highway Guthrie, perasan ada satu motor ni menunggang macam tak stabil”.
“Dalam hati apa ke halnya ni. Bahaya betul. Sepintas lalu, saya toleh ke sebelah kiri”.
“Sepasang suami isteri dengan seorang kanak-kanak di depan penunggang dan ada sepasang kaki terjulur di antara pembonceng belakang”.
Allahu, ada baby
“Allahu, ada baby”.
“Saya terus berhenti tepi dan menyonsang ke belakang, pergi ke arah motor tadi. Dalam hati, Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa. Kalau sebab tak stabil, boleh jatuh motor tu”.
“Bang, kenapa ni”. Tanya saya.
Balas bahasa isyarat, kedua mereka tidak boleh bercakap
“Terpinga-pinga nak jawab soalan. Lantas si isteri tadi, bagi bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap”.
“Tersepak di lamunan. Pasangan suami isteri ini OKU Pendengaran. Mereka hanya mampu berbahasa isyarat. Saya ke arah tayar belakang. Rupanya angin tayar kurang”.
Terus dapat idea, saya keluarkan handphone dan taip apa yang berlaku. Kemudian saya tanya rumah di mana. Si isteri yang sedang kendong baby, cuba membalas soalan saya.
“Bukit Subang”.
Saya menukar motor dengan mereka
“Kebetulan ada pakcik turut sama bantu dan bagi cadangan supaya tukar motor. Saya bawa motor mereka dan mereka sekeluarga naik motor saya”.
“Terus setuju, sekurang kurangnya, mereka selamat sampai ke rumah. Pak cik tu sempat hulur not 10 pada si suami”.
“Saya tonjol dari belakang sampailah ke Caltex Denai Alam untuk bantu isi angin tayar. Sempat juga saya tanyakan pada si isteri kerja di mana”.
Kami dari Hospital Ampang, Check up baby ada masalah hearing
“Yelah saya beranggapan, mungkin mereka bekerja dan hantar ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan tempat kerja. Tapi sangkaan saya meleset. Jawab si isteri,
“Tak kerja. Kami dari Hospital Ampang. Check up baby. Ada masalah hearing”.
“Terus saya menangis. Berkata dalam hati. Apa Tuhan nak tunjuk pada aku ni. Saya terus taip di Whatsapp, nyatakan bagi saya bawa motor si suami ni, sampai ke rumah”.
“Mereka bersetuju. Sampai di premis perumahan flat kos rendah berdepan Surau Al Mahdi, Taman Bukit Subang, Shah Alam”.
“Saya parkir dan serahkan kunci motor mereka. Saya nekad nak bantu mereka. Saya nyatakan yang saya nak tulis cerita di Facebook untuk bantu mereka”.
Suami isteri tadi mengalirkan air mata
“Dengan izin Allah, bantuan sampai. Bila mana saya nyatakan begitu, si isteri dan suami tadi mengalirkan air mata”.
“Mungkin merasakan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Mereka juga maklum, anak sulung, sempurna tapi ini speech delay”.
“Tak semena-mena saya sekali lagi menyeka air mata melihat si ibu mengendong Nur Jannah dan si ayah memimpin Muhammad Ziyad Wafi”.
“Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan”.
Saya sertakan nombor akaun dan nombor telefon pasangan itu
“Yakinlah. Dengan kudrat yang kita ada, waimah dengan berkongsi entri ini atau berkongsi wang ringgit yang ada ianya akan memudahkan urusan dan tugasan keluarga ini”.
Bagi kalian yang ingin membantu, saya sertakan nombor akaun dan nombor telefon si ayah.
12234020181048 – Bank Islam
0129414966 – En. Zubair Muhammad
Facebook – Zubair Muhammad
“Selain tu, saya lampirkan foto dan video untuk tontonan kalian semua. Terima kasih. Moga Tuhan permudahkan segala urusan dan tugasan kita semua”.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi dan semangat kepada kita semua untuk membantu mereka yang memerlukan.
Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!