Video berkenaan memaparkan beliau berbuat demikian kepada kakitangan di sebuah hotel di Pulau Pinang beberapa hari lalu mengundang perhatian ramai.
Video tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, @LelakiOnTheGo yang berharap orang ramai dapat bersikap pemurah seperti figura berusia 48 tahun itu sekiranya mampu satu hari nanti.
“Let us all aim to be as generous as Rizalman. InsyaAllah!”
Rakaman video yang berdurasi 40 saat itu, beliau kelihatan berjalan dari satu tempat ke satu tempat sebelum memberi duit kepada beberapa kakitangan di hotel tersebut.
Malah, posting berkenaan menerima 6,400 tanda suka selain 5,000 perkongsian serta komen warganet yang memuji sifat dermawan Rizalman terhadap orang di sekelilingnya
Ada yang menyifatkan ia seakan menunjuk
Namun begitu, terdapat juga netizen membidas kenyataan segelintir individu setelah menyifatkan anak kelahiran Georgetown itu seakan-akan menunjuk.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan reaksi positif dan memuji tindakan Rizalman itu.