[VIDEO] Detik-detik ‘Pemergian’ Mulia Lelaki Dijemput Ilahi Ketika Sedang Membaca Al-Quran
Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua telah ditentukanNya. Pastinya kita semua ingin meninggal dunia dengan pengakhiran yang baik atau husnul khatimah.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, antara tanda husnul khatimah ialah meninggal dalam keadaan melahirkan anak, mati pada hari atau malam Jumaat, jenazah berpeluh dahi dan meninggal dunia ketika sedang melakukan amal soleh.
Hembuskan nafas terakhir ketika membaca Al-Quran
Menerusi Instagram, tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki dipercayai daripada Palestin yang menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika membaca al-Quran.
Video tersebut dikongsikan Abdul Lateef Khaled, video tersebut memaparkan seorang lelaki yang agak berusia mencium kitab dipercayai Al-Quran sebelum mula membacanya.
Lihatlah bagaimana Allah beri pengakhiran yang baik
Lelaki tersebut dikenali sebagai Hajj Khamis Yahya, daripada Khalil, Palestin, beliau dilihat terkumat-kamit membaca kitab berkenaan sebelum terhenti dan tumbang dalam keadaan masih terduduk di atas kerusi.
“Berapa ramai orang yang tidak dikenali di dunia dicintai Allah. Beliau mungkin tidak alim atau popular, tapi lihatlah bagaimana Allah berikan dia pengakhiran yang baik”.
Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua. Rata-rata netizen turut meninggalkan ucapan takziah kepada keluarga lelaki tersebut.