Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Dia anak yg baik” Luluh Hati Seorang Ibu, Johan Melutut Cuba Tenangkan Ibu Abam

Sekitar pagi tadi, kita dikhabarkan dengan satu berita sedih apabila kehilangan seorang pelawak terkenal iaitu Abam Bocey.

Menurut isteri Allahyarham iaitu Nor Hidayah, suaminya itu tidak menyedarkan diri saat dikejut untuk menunaikan solat Subuh.

Allahyarham mungkin terlalu penat bekerja

Sementara itu, menurut kakak Allahyarham iaitu Sharifah Nor Wahidah, adiknya mengalami demam mungkin kerana terlalu penat bekerja.

Berita ini pastinya meruntun jiwa ibunya Sabariah Arshad, yang rapat dengan arwah dan menjadi insan yang paling terkesan dengan pemergiannya

Allahyarham merupakan seorang permata yang pergi meninggalkan kita

Kediaman Allahyarham Abam di Gombak dilihat telah dibanjiri dengan ramai orang yang datang berziarah.

Menerusi laman sosial Instagram, ramai rakan artis yang membuat posting khas untuk arwah Abam.

Ramai rakan artis berkongsi sisi baik pelawak itu

Kebanyakan posting yang dimuat naik oleh mereka berkisarkan perkongsian banyak cerita lama yang seolah-olah mendedahkan sisi-sisi baik pelawak tersebut sepanjang hayatnya.

Turut menjadi tumpuan adalah Instagram Era yang sempat memuat naik sebuah video yang mengundang sebak tatkala Johan datang menziarahi kediaman Allahyarham.

Johan melutut sambil menengkan ibu Abam

 

View this post on Instagram

 

@jozlynnhanania cuba menenangkan ibu kepada Allahyarham @abam_bocik 😢 #sharERA

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Dapat dilihat, pelawak tersebut sedang melutut sambil menenangkan ibu Abam yang sudah menitiskan air mata.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan Masjid Utara Gombak turut didatangi ramai orang yang sedang menunggu ketibaan jasad Allahyarham.

Arwah seorang anak yang baik

Selain itu, sebuah video di akaun Instagram abpbh-32 juga, Puan Sabariah Arshad sempat menceritakan sedikit tentang sikap Abam selama ini.

 

View this post on Instagram

 

Luluh hati ibu saat anak disayangi meninggal dunia. Ibu arwah Abam, Sabariah Arshad. 🎥: @jaydeesm

A post shared by Anugerah Bintang Popular BH (@abpbh_32) on

Arwah disifatkan seorang anak yang baik kerana tidak pernah mengeluh sepanjang menjaganya selain turut gemar bersedekah kepada anak-anak yatim.

Pengebumian Allahyarham Abam dilaporkan selesai sekitar jam 7 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

 

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: [VIDEO] "Terputus sudah antara kita, berbeza sudah dua dunia" Lirik Nyanyian Abam Sentuh Hati Pendengar | YOY Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.