Connect with us

Viral

[VIDEO] “Dia jalan bukan lagi tegak tapi..” Kanak-kanak 2 Tahun Kena Mild Str0ke Kerap Tengok Telefon

Tahukah anda penggunaan gajet tanpa kawalan boleh memberi kesan buruk kepada kanak-kanak?

Seperti perkongsian seorang ibu ini di laman Facebook, anaknya yang berusia dua tahun tiba-tiba jatuh sakit dan jalan mengiring sebelum rebah.

Menurutnya, anaknya itu dipercayai mengalami mildstr0ke gara-gara terlalu kerap menonton televisyen dan telefon.

Jadi terlalu pantas

Ada yang mintak Ieka story macam mana benda ni boleh terjadi, family pun terkejut bila dengar benda ni, apatah lagi Ieka ni sendiri, benda jadi depan mata Ieka sendiri.

Selamatlah masa tu belum tidur lagi sebab buat stock coklat untuk agent-agent dan customer. Benda ni jadi terlalu pantas sampai Ieka sendiri jadi menggigil bila Ieka pegang Wildan.

Pukul 4 pagi, Wildan belum tidur (sebab dia dah tidur petang, jadi susah nak tidur malam tu) , masa tu Ieka cakap, pi tidur adik, pukul berapa nak tidur, nak tunggu mama jadi singa ke (memang ayat ni kena guna biar anak dengar).

Sebelum dia tidur dia ada makan kek yang Ieka beli, then Ieka cakap, makan cepat-cepat, minum air, basuh mulut terus tidur okay? Dia balas, otey (okay) mama, then dia terus tidur.

Ieka memang tengah ajar Wildan tidur bilik berasingan dengan Ieka jadi Ieka suruh dia tidur bilik sebelah dengan abang Adam.

Dia pun tidur macam biasa. Pukul 6.50-7.00 pagi macam tu, Ieka dalam bilik, Ieka tutup pintu bilik sebab tengah handle Clarissa. Dia pagi-pagi akan bangun mintak susu.

Jalan mengiring

Jadi bila Ieka bukak ja pintu bilik tengok-tengok Wildan depan pintu bilik tengah baring. Bila Ieka bukak tu, dia cepat-cepat duduk sebab terkejut Ieka bukak pintu (kan mak dia ni singa, takut kena marah sebab keluar dari bilik sebelah).

So Ieka pun cakap, adik kenapa tidur depan ni , mai tidur dengan mama kat bilik. Ieka kesian dekat dia sebab dia tidur akan cari Ieka.

Bila Ieka angkat jaa dia baring sebelah Clarissa, Ieka nampak mulut dia macam hisap sesuatu, Ieka cakap laa, adik nak muntah ke?

Kalau nak muntah jangan muntah atas katil, jom pi toilet. Dia pun bangun terus pi toilet dengan Ieka. Bila dia baru nak duduk jaa kat toilet, dia terus jatuh sebelah kiri, tapi kena kepala sikit.

Kali kedua nak jatuh, Ieka terus tangkap dia pastu Ieka cakap adik kalau tak nak muntah takpa jom tidur.

Tau dia keluar dari toilet jaa dia jalan bukan lagi tegak, tapi dia jalan mengiring kekiri and Ieka terus jerit.

Dy tengok anak ni dy, Iwan tengok ja apa lagi Ieka angkat pergi depan. Bila dalam 2 minit macam tu panggil-panggil dia takde respon langsung.

Panggil nama dia, dia tengok Ieka, tapi dia tak cakap dan mulut dia mula bergerak sendiri kekiri masa ni kepala ni taktau nak buat apa.

Terus ke hospital

Terus sarung apa yang patut nampak depan mata ni, pastu Iwan start enjin terus gerak. Takde erti nak panaskan enjin daa masa tu.

Iwan bawak memang laju gila tapi Ieka sedih time tu, kami bawak laju, pasang double signal, tetap orang tak bagi jalan.

Ada satu kereta ni Ieka sampai bukak tinggkap and jerit dari luar kereta, “Tolong ketepi, anak saya ni, tolonglah”.

Masa ni memang takde erti malu dah, yang penting anak aku selamat sampai kat hospital. Itu lebih penting.

Sampai jaa hospital masuk kat emergency, orang cakap mask jangan lupa, saring kat depan suhu jangan lupa.

Bab ni korang jangan tanya laa, terus masuk emergency and masuk zone merah , masa ni Ieka dah menggigil dah.

Panggil Wildan makin hilang respon and dia terus tutup mata. Hati mak mana tak sedih bila doktor pakar lebih dari 10 orang kat situ ada.

And depa kelam kabut sorang sambut ubat sana, sorang sambut ubat sini, sorang tanya soalan macam-macam hanya untuk selamatkan nyawa anak aku ja. SUMPAH masa ni cuma mintak Wildan respon ja.

Wildan makin tak respon sampai lah masa dekat Bilik CT SCAN, masa ni kami kena sign borang apa benda nama dia entah, borang ni untuk check lebih details dalam otak dia sebab dia takde demam apa pun.

Doktor ingat dia sawan, bila check and bila dah admit ward semua salah satu jawapan doktor yang bagi Ieka, Ieka dah aware benda ni, tapi kenapa jadi juga. Kita cuma merancang kan, ALLAH penentu, kalau ALLAH kata jadi, jadi lah ia.

Yang jadi pada Wildan gelombang otak dia bergerak terlalu aktif, doktor tanya soalan, ada bagi phone? Tv tengok berapa jauh?

Luluh hati ibu

Berapa kerap tv dia tengok ? Soalan ni bagi hati seorang mak luluh sangat (GAGALNYA AKU SEBAGAI MAK). Ieka jawab semua dengan akur, apa yang penting Wildan selamat ja.

Masa doktor bagitahu benda ni, Wildan belum sedar lagi menangis semahunya (mama tahu Wildan dengar kan mama nak Wildan sedar) itu ja ayat yang keluar.

Sepanjang dia dalam ward, segala handphone apa semua, memang takde bagi. Itu WARNING pada doktor.

Sepanjang dalam ward juga perkembangan Wildan makin baik , dia makin aktif , dia banyak cakap , cuma satu ja ayat dia “Mama nak ni, iesssh (please)”.

Dia nak handphone juga mama mintak maaf sayang , mama takkan bagi apa pun jadi, ini untuk kebaikan anak mama juga.

So jawapan disini Wildan bukan kena sawan pun, ALLAH sedihnya nak tulis dia kena apa. Dia kena MILDSTR0KE yang bukan budak 2 tahun patut kena tapi ALLAH bagi UJIAN ni pada Wildan supaya mama and papa akan lebih alert lepas ni.

Ini story yang jadi pada Ieka, its up to u mama papa kat luar sana, apa yang dah jadi pada Wildan bagi TAMPARAN HEBAT pada Ieka. Ieka harap dengan perkongsian ni, takde parents yang terasa hati ya. Yang baik datangnya pada DIA, yang buruk datangnya pada diri Ieka.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.