Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya mahu bersama pasangan mereka sehingga ke akhir hayat.
Namun begitu, bukan semua dari kita bernasib baik. Ada pasangan yang digantung tak bertali dan ada juga yang putus di tengah jalan.
Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang diceraikan ketika sedang sarat mengandung.
Saya diceraikan dan ditinggalkan ketika sedang sarat mengandung
Mengharungi usia kehamilan selama sembilan bulan, bukan perjalanan yang mudah buat seorang wanita tanpa sokongan suami disisinya.
“4 tahun lepas saya diceraikan dan ditinggalkan oleh suami ketika saya sedang sarat mengandung”.
Dunia saya gelap
“Dunia saya gelap, rasa diri tak berguna. Saya kecewa dan berputus harap untuk teruskan hidup”.
“Sehinggalah anak saya lahir ke dunia dan saya seperti dapat nafas baru dan kehidupan baru”.
Sewa bilik dan duduk dua beranak bersama
“Kami sewa bilik dan duduk dua beranak sama-sama. Syukur kenal housemate baik-baik dan baju anak pun beli bundle je”.
“Habis pantang saya dapat tawaran kerja jauh dari kampung. Saya tekad untuk terima dan bawa anak bersama”.
Bila hujan saya bungkus anak saya dalam plastik baju hujan
“Saya janji susah atau senang saya takkan tinggalkan dia”.
“Saya pergi kerja bawa motor ayah saya pinjamkan kepada saya. Bila hujan saya bungkus anak saya dalam plastik baju hujan”.
Anak saya membesar dengan sihat dan disayangi
“Tapi semua itu adalah pengalaman hidup buat saya. Alhamdullillah anak saya membesar dengan sihat dan sangat disayangi oleh ramai orang”.
View this post on Instagram
“Bunda, Ali nak pakai baju cantik ya. Ali nak pakai dgn ni(tunjuk songkok). Dintang2 mana?” Dintang tu sbnarnya Bintang 😂 comel betul sebut gitu. dia request for the brooch yg dia pakai kt songkok mcm papa pakai masa akad nikah dulu. 😂 Now setiap pagi, WAJIB! Dia buka je mata, soalan dia “Bunda dah bangun? Ali dah bangun” dengan mamai dan terkebil lg tu. comel sgt aih 😅 everyday pun Bunda cair Lepas tu dia akan bangun ambil kerusi belajar comel ikea dia tu, panjat sambil mata melilau tgok koleksi baju2 dia utk dia pilih sendiri baju nak pakai ke taska. Dia akan decide baju mana dia nak pakai. Always matching kaler tau! 🤭 Yg habit tu dia dpt dari Papa 😂 klu ikot Bunda, asal boleh je aku sarungkn asal kan cukup baju dgn seluar 🤣 Lepas tu dia akan cakap “Bunda tolong gosokkan ya” Baiklah anakku. 2minit tak sampai pun iron baju Sayf Ali yg coet tu 😂 Then dia pergi toilet utk mandi. lepas mandi dia siap2 warning “Ali pakai pampers & baju sendiri ya” 😅 Siap dah semua dgn semangatnya dia akan jerit “Bunda! Papa! Tengok ni!! TADAAAAAAA!!” sambil depa tangan dia dan tunjuk baju yg dia dh siap pakai sendiri . Bunda Papa mmg akan always terhibur dan celebrate sama 😂 Then next dia akan request plak “Bunda, Ali nak #Omega , satu je ya” The best part yg Bunda cair setiap kali dia buka mulut adalah selalu ada “ya” kt hujung ayat or perkataan “tolong” . Semoga anak Bunda sampai nanti pun sopan mcm tu 🤧 Bunda sure akan rindu semua ni nnti bila Ali dh mkin membesar. I know Ali memang pandai berdikari. Mungkin kenangan hidup yg perit Bunda dan Ali lalui dulu sedikit sbanyak membentuk Ali. Bunda tahu Ali akan jadi abg yg baik & penyayang pada adik2 kan 😭 Nanti kalau Bunda dah takde, Bunda tahu Bunda boleh harapkan Ali utk tgok2 kan Adik. Bunda syg Ali dunia & akhirat. Buah hati pertama Bunda.Yg pertama menghuni rahim Bunda.Yg bersama2 melalui pedih dan pahitnya kehidupan masa lalu sejak dari hari pertama lg. Yg tak pernah berhenti berjuang utk terus berada atas muka bumi ni. Bunda doakan anak Bunda jadi yg bermanfaat utk org lain. Seperti mana indahnya nama seorang SAYF ALI tu pada maksudnya, moga begitulah juga perlakuannya nnti. Aamin
A post shared by Noor Nabilla Fattin (@nfattinhz) on Oct 25, 2019 at 2:16am PDT
Menerusi Instagram, wanita itu turut berkongsi momen indah si kecilnya membesar mengharungi kehidupan bersamanya ketika mereka susah suatu ketika dahulu.
Perkongsian beliau telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen turut mengagumi ketabahan dan kecekalan wanita ini melalui kehidupannya yang berliku.
Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua untuk lebih mensyukuri nikmat yang diberikan dan berusaha memperbaiki kehidupan demi masa depan.