Doa seorang ibu untuk anaknya tiada hijab. Betapa mustajab doa seorang wanita yang bergelar ibu.
Ketika seorang wanita bergelar ibu menadah tangan meminta keadaan yang betul-betul ikhlas, sudah pasti Allah akan berikan ganjarannya suatu hari nanti.
Samada doa yang dipinta akan cepat termakbul atau lambat, kita perlu sabar dan redha dengan ujian yang datang dariNya.
Doa seorang wanita bergelar ibu termakbul
Seperti satu kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor bernama Dr Thokta mengenai betapa kuatnya doa salah seorang pesakitnya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram milik doktor tersebut, berita gembira itu telah dikongsikan bersama pengikutnya.
Beliau yang juga seorang pakar perubatan telah berkongsi video tersebut sehingga meraih lebih 42 ribu tontonan.
Sarung bayi sangat cantik
Video tersebut memaparkan doktor sedang menjalankan imbasan ultrasound terhadap kandungan ibu tersebut.
Pada masa yang sama, beliau turut menerangkan mengenai kandungan tersebut. Difahamkan kandungan ibu itu berusia 5 minggu.
Hasil dari imbasan yang dilakukan, bayinya dikatakan berada dalam keadaan yang cukup baik meskipun imej di mesin scan agak kurang jelas.
Doa ibu ini mahu anak kembar termakbul
Oleh kerana kandungan masih di peringkat awal, berlaku sedikit kekaburan tetapi tiada masalah yang timbul.
Apa yang lebih menggembirakan adalah doa ibu ini untuk menimang cahaya mata kembar seakan-akan termakbul.
Ini kerana apabila imbasan dilakukan, doktor menunjukkan kewujudan satu lagi sarung bayi di dalam rahim.
Doa ibu untuk anak tiada hijab
Si ibu tidak berhenti tersenyum
Apabila diberitahu berita gembira itu, si ibu tidak berhenti tersenyum. Doktor turut mengakui sebak dengan kisah dia memohon doa daripada Allah tentang anak kembar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan semoga bayi dan ibu dalam keadaan sihat.
Berbicara mengenai anak, mari kita sama-sama doakan mereka yang masih belum dikurniakan cahaya mata di luar sana bakal menjadi ibu suatu hari nanti.