Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Doakan kami” Sekeluarga COVID-19, Ibu Mohon Doa Orang Ramai

Setakat hari ini, negara masih mencatatkan peningkatan kes wabak Covid-19 yang sedang melanda negara kita.

Ketika ini rakyat Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan memasuki hari ke sepuluh bagi memutuskan rangkaian Covid-19 ini.

Seperti yang sedia maklum, Hospital Teluk Intan antara hospital yang terjejas apabila mencatatkan jumlah staff yang agak tinggi dijangkiti Covid-19.

Satu keluarga kena Covid-19

Menerusi laman Facebook Gold Amy Edriena, beliau berkongsi kisah mereka sekeluarga perlu dikuarantin kerana Covid-19.

Selain itu, beliau turut memaklumkan mereka sekeluarga termasuk suami dan lima orang anak turut dikuarantin.

“Bismillah, kami dengan beberapa patient telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut”.

Dikuarantin selama 4 hari di Hospital Ipoh

“Di escort dengan 2 pegawai polis trafic. Alhamdulilah agar melancarkan perjalanan kami”, ujarnya.

Mereka sekeluarga kemudiaannya telah di hantar ke Hospital Ipoh untuk dikuarantin selama 4 hari sebelum dibawa semula ke Teluk Intan.

“Terima kasih yang tak terhingga pada semua petugas Hospital Ipoh hanya Allah dapat balas jasa baik semua setelah 4 hari di Hospital Ipoh”.

Menerusi video yang dikongsikan, mereka telah diiringi oleh beberapa pasukan polis demi keselamatan para pesakit semasa dalam perjalanan.

Tolong doakan kami sekeluarga

Sebelum ini, beliau turut memuat naik satu posting memohon agar orang ramai mendoakan agar mereka satu keluarga kembali sihat.

Suaminya adalah salah seorang doktor pakar kecemasan di Hospital Teluk Intan

“Assalamualaikum doakan kami sembuh fmly positive covid19, now admit at ipoh hosp. Suami saya seorang pakar hosp teluk intan di jabatan kecemasan”.

Ujar beliau lagi, suami beliau adalah salah seorang pakar di Hospital Teluk Intan yang bekerja di Jabatan Kecemasan.

Hanya doa yang diharapkan, ibunya ini meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan keluarganya agar dapat pulih daripada wabak Covid-19 ini.

Semoga keluarga ini tabah mengharungi dugaan yang diberikan dan diharapkan satu keluarga ini kembali sihat.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.